Harian Metro

Ketegasan Ayahanda Yamashita

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

 Guru terkenal sifat garang lahirkan ramai insan berjaya sejak mula mengajar pada 1983

Ketegasan dan kejujuran menjadi prinsip bekas pendidik berasal dari Kampung Saai, Daro di sini, sehingga pernah mendapat jolokan sebagai Ayahanda Yamashita dalam kalangan pelajar suatu ketika dahulu.

Mendengar bunyi tapak kasutnya saja, pelajar sudah kecut perut apatah lagi jika berdepan dengan hukuman seperti ‘jemput-jemput’, ‘buah dabai’ dan ‘pail bakau’ yang disifatkan sebagai paling menakutkan.

Walaupun sudah meninggalk­an bidang perguruan pada Jun 2015 namun kesan daripada asuhan Zaidi Mohd Faiz, 59, yang terkenal dengan sifat garang itu ternyata berjaya melahirkan ramai insan berjaya.

“Tegas dan garang saya bertempat. Itu semua hanya kerana saya sayangkan pelajar dan tidak terlintas di hati walau sedikitpun untuk menganiaya, apatah lagi mendera mereka.

“Saya mahu mereka menjadi manusia berguna kepada diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara,” katanya.

Zaidi berkata, dia sendiri dibesarkan dalam keluarga yang amat mementingk­an disiplin, memandangk­an bapanya juga bekas guru dan ibunya suri rumah.

Katanya, kedua-dua mereka amat tegas dalam membesar, mengasuh serta mendidik anak.

Menurutnya, selepas tamat kursus perguruan di Maktab Perguruan Batu Lintang Kuching pada 1982, dia ditempatka­n di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selirik, Kapit pada 1983.

Katanya, dia pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bruit sebelum itu dan pengalaman berkhidmat di pedalaman mengajarny­a makna menjadi seorang guru yang sebenar dan mendidik jiwanya tidak gentar dengan sebarang bentuk cabaran.

“Bayangkan ada ibu bapa yang menempuh perjalanan jauh, malah ada yang sanggup bergolok-gadai kerana mahu anak mereka berjaya.

“Melihat kepayahan serta kesungguha­n ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah menimbulka­n kesedaran dalam diri sehingga saya pantang melihat anak murid melanggar disiplin apatah lagi main-main ketika belajar,” katanya.

Zaidi berkata, sikapnya yang tegas menyebabka­n dia sering diberi tugasan menjaga kebajikan, disiplin serta hal ehwal pelajar dan tanggungja­wab itu sebenarnya bukan mudah kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah.

Dia bersyukur kerana ramai pelajarnya masih menghormat­inya hingga kini, walaupun beliau terkenal sebagai seorang guru yang tegas dan garang.

“Bukan mudah mendidik anak bangsa dan membentuk mereka menjadi manusia berguna.

“Saya bangga apabila mendapat tahu ramai antara mereka yang berjaya,” kata Zaidi yang terharu kerana masih ada bekas pelajar yang mengingati dan sudi menziarahi­nya.

Sebagaiman­a peribahasa Melayu, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Seperti juga dirinya yang mengikut jejak ayahnya memilih bidang perguruan sebagai kerjaya, dua daripada tiga anaknya juga kini menjadi pendidik.

Zaidi berkata, anak sulungnya, Mohd Firdaus, 29, dan yang kedua, Nur Fahana, 27, menjadi guru, manakala anak bongsunya, Nur Fatin Fatiha, graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) pula terbabit dalam bidang pelanconga­n.

Sepanjang tempoh perkhidmat­annya, Zaidi pernah menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) pada 1993 dan Anugerah Perkhidmat­an Setia (2009).

 ??  ?? ZAIDI yang bersara pada 2015 gembira bekas pelajarnya mengingati dan sering menziarahi­nya.
ZAIDI yang bersara pada 2015 gembira bekas pelajarnya mengingati dan sering menziarahi­nya.
 ??  ?? ZAIDI (kiri) bersama rakan pendidik ketika mengajar di SMK Selirik Kapit pada 1983.
ZAIDI (kiri) bersama rakan pendidik ketika mengajar di SMK Selirik Kapit pada 1983.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia