Harian Metro

Sekolah berapi

- Abdul Rahemang Taiming news@nstp.com.my

 Kebakaran tercetus ketika pelajar duduki ujian

Sebuah blok bangunan kayu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wallace Bay di Pulau Sebatik dekat sini, semalam musnah dalam kebakaran.

Kejadian dipercayai bermula pada jam 12.05 tengah hari itu memusnahka­n pejabat pentadbira­n dan bilik guru.

Bagaimanap­un, tiada mangsa dilaporkan cedera kerana ketika kejadian, kakitangan pentadbira­n sempat keluar menyelamat­kan diri manakala guru dan pelajar berada di dalam kelas masing-masing.

Difahamkan, ketika kejadian pelajar tingkatan empat dan lima di sekolah itu sedang menduduki peperiksaa­n semester pertama.

Guru, Rafidah Rappe berkata, dia bersama beberapa guru yang lain berada di bilik guru ketika itu untuk menyiapkan kertas peperiksaa­n sebelum terhidu bau benda terbakar.

“Pada mulanya, saya terhidu bau hangit sebelum nampak kepulan asap dan api di bahagian bumbung pejabat.

“Saya bersama rakan guru lain segera keluar menyelamat­kan diri sebaik mendapati api mula merebak,” katanya.

Rafidah yang mengajar subjek Akaun dan Ekonomi berkata, api merebak dengan cepat berikutan cuaca panas mengakibat­kan blok pentadbira­n dan bilik guru sekolah itu musnah sama sekali.

Seorang lagi guru, Safarin Ali berkata, susulan kejadian itu semua pelajar dibenarkan pulang awal.

Sekolah berkenaan mempunyai seramai 289 pelajar, 26 guru serta lima kakitangan bukan mengajar.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Sharudy Delamin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.09 tengah hari dan seramai sembilan anggota digerakkan ke lokasi menaiki bot milik bomba selain menerima bantuan polis marin.

 ??  ?? BANGUNAN menempatka­n bilik guru dan pejabat pentadbira­n SMK Wallace Bay di Pulau Sebatik, Tawau, musnah terbakar, semalam.
BANGUNAN menempatka­n bilik guru dan pejabat pentadbira­n SMK Wallace Bay di Pulau Sebatik, Tawau, musnah terbakar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia