Harian Metro

Set eksklusif Avengers hanya di Petron

-

Kuala Lumpur: Petron Corporatio­n (Petron) melakar sejarah apabila menjadi satu-satunya syarikat minyak dan gas di Malaysia bekerjasam­a dengan filem terbesar Marvel, Avengers: Infinity War.

Untuk itu, Petron memberi peluang kepada peminat Marvel membeli premium Marvel secara eksklusif di stesen minyak sempena tayangan filem berkenaan di negara ini.

Setiap pelanggan mengisi petrol RM50 di Petron, mereka layak menebus atau membeli

dengan mata ganjaran Petron Miles.

Promosi bermula pada 5 April lalu hingga 31 Mei ini, membabitka­n premium jenis beg (satu reka bentuk) pengecas mudah alih atau power bank (tiga reka bentuk), tikar anti licin (tiga reka bentuk), model watak adiwira (enam model watak) dan jam tangan (percuma dengan pembelian empat liter Petron

Menerusi promosi ini, peminat komik dan filem adiwira Marvel wajib ke stesen Petron yang berhampira­n untuk mendapatka­n koleksi istimewa model watak adiwira

Antara model watak adiwira yang ditawarkan dengan fungsinya ialah Black Widow (hab USB), Doctor Strange (papan mesej elektronik), Thor (pengecas pelbagai), Hulk (pemegang pad memo), Iron Man (lampu) dan Captain America (penggera mudah alih).

Bagi model watak adiwira, hanya terdapat dua jenis model yang akan dikeluarka­n setiap dua minggu.

Di stesen Petron terpilih, pelanggan juga boleh menebus baucar filem Infinity War pada mata 1200 Petron Miles.

 ??  ?? TIKAR anti licin Marvel, Avengers: Infinity War.
TIKAR anti licin Marvel, Avengers: Infinity War.
 ??  ?? JAM tangan Marvel, Avengers: Infinity War.
JAM tangan Marvel, Avengers: Infinity War.
 ??  ??
 ??  ?? BEG Marvel, Avengers: Infinity War. PENGECAS mudah alih
Marvel, Avengers: Infinity War.
BEG Marvel, Avengers: Infinity War. PENGECAS mudah alih Marvel, Avengers: Infinity War.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia