Harian Metro

Tunggu masa kongsi kisah suami ditahan

-

Kuala Lumpur: Pelakon terkenal Datin Seri Umie Aida mengakui banyak menerima permintaan di laman sosial supaya berkongsi pengalaman ketika suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan pada September 2015.

Umie atau Umi Khalsum Rahmad, 45, berkata, dia menunggu masa sesuai untuk berkongsi pengalaman dan emosi dilalui ketika itu.

“Saya akan kongsi pengalaman berdepan situasi itu tanpa perlu mengaibkan sesiapa.

“Pengalaman ini lebih kepada emosi menghadapi dugaan. Ini yang akan saya kongsikan. Namun, saya kena tunggu masa sesuai,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, Umie yang juga pelakon filem Dukun menerusi laman Instagram miliknya memuat naik video yang menjelaska­n buat masa ini dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

“Ramai bertanya dan kirimkan mesej menerusi ‘Direct Message (DM)’ untuk tahu bagaimana pengalaman saya ketika suami ditangkap. Mereka mahu tahu keadaan saya ketika itu.

“Minta maaf, saya lebih selesa berdiam diri buat masa ini kerana belum bersedia.

“Banyak lagi benda lain yang perlu saya utamakan. Apa yang saya lalui dengan keluarga sebelum ini satu pengalaman yang mahal,” katanya.

Khairuddin direman enam hari berhubung isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) pada September 2015 apabila lantang mendesak siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilakukan.

 ??  ?? UM I E
UM I E

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia