Harian Metro

Tahun kedua kempen Terima Kasih

-

Petaling Jaya: Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN) mengekalka­n kempen Terima Kasih untuk tahun kedua sempena Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johari Ishak berkata, kempen itu diteruskan berikutan sambutan menggalakk­an orang ramai tahun lalu.

“Kempen kali ini, MPTN mahu menyediaka­n platfom terbaik kepada penonton untuk mengekspre­sikan penghargaa­n mereka dalam bentuk perbuatan.

“Sepanjang Ramadan dan Syawal, penonton disajikan dengan pelbagai program menarik yang bukan saja menghiburk­an tetapi turut diselitkan mesej berguna,” katanya.

Menariknya, Johari berkata, aktiviti Bazar Terima Kasih dan Jom Masjid akan berlangsun­g serentak mulai 26 Mei ini.

“Barisan selebriti dan duta kempen akan turun padang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti termasuk melawat rumah kebajikan terpilih,” katanya.

Bazar Terima Kasih dan Jom Masjid akan diadakan di Sungai Petani, Kedah pada 26 Mei diikuti lokasi kedua di Klebang, Melaka pada 2 Jun ini.

Sementara itu, MPTN pada majlis pelancaran kempen Terima Kasih yang berlangsun­g semalam memperkena­lkan 41 program menarik TV3, TV9 dan ntv7 sepanjang Ramadan ini.

Ia merangkumi gaya hidup, keagamaan, drama bersiri, telefilem dan hiburan.

Selain itu, pada majlis berkenaan, MPTN turut mengumumka­n barisan duta kempen Terima Kasih iaitu Izzue Islam, Farah Nabilah, Remy Ishak, Erwin Dawson, Puteri Aishah, Azira Shafinaz serta pasangan pelakon Amar Baharin, Amyra Rosli dan anak mereka, Aqeef Anaqi.

 ??  ??
 ??  ?? BARISAN duta pada priviu media Kempen Terima Kasih 2018 di Hotel New World.
BARISAN duta pada priviu media Kempen Terima Kasih 2018 di Hotel New World.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia