Harian Metro

Sokongan padu kelab peminat

- DARI MUKA R27 Sukar percaya kemenangan

Kemudian pada 2014,

Fitri melanjutka­n pengajian dalam bidang industri kreatif di United Kingdom dan sepatutnya menamatkan pengajian tahun ini.

“Semasa di New Zealand, tumpuan saya hanyalah pada pengajian. Sebaik tamat belajar, saya mendapat tawaran bekerja sebagai pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Bagaimanap­un, tak lama kemudian, saya melanjutka­n pengajian di United Kingdom pula pada Disember 2014 dan pulang ke Malaysia pada Mac lalu.

“Biasiswa yang diperoleh hanya untuk tiga tahun dan saya akhirnya kembali bekerja sebagai pensyarah di UUM, manakala pengajian dibuat secara jarak jauh,” katanya.

Sempat menghasilk­an single berjudul Garis Takdir ketika belajar, Fitri mengakui selesa dengan kerjaya sebagai pensyarah dan hampir mengucapka­n selamat tinggal kepada bidang nyanyian.

“Memang diikutkan saya selesa sebagai pensyarah kerana hanya terima gaji setiap bulan. Namun, kebetulan ditawarkan masuk GGV dan saya terima kerana nak cuba nasib. Tak sangka pula saya akhirnya bergelar juara.

“Seperkara lagi, semangat saya untuk menyanyi timbul kerana mendapat sokongan padu daripada kelab peminat yang digelar Fitri Family.

“Kisah pembentuka­n mereka pun agak unik dan tanpa sengaja kerana saya sering buat ‘live’ video di Instagram dan mereka terpikat hingga akhirnya timbul idea untuk menubuhkan kelab peminat,” katanya.

Kelab peminatnya aktif mengadakan perjumpaan setiap tahun dan tahun lalu, mereka mengadakan perjumpaan di Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM), Bangi.

“Saya pulang ke Malaysia untuk beri sokongan terhadap acara ini dan selepas program terus pulang ke United Kingdom.

“Sepanjang dalam GGV, mereka hadir menyokong setiap minggu sehingga saya berjaya menang Anugerah Gema Star Of The Week dan Anugerah Gema Kaseh yang diwujudkan,” katanya.

Fitri mengakui masih tidak percaya menggengga­m gelaran juara GGV2. Bahkan secara peribadi dia tetap menggangga­p Adeep Nahar layak bergelar juara.

“Bukan tidak menghormat­i keputusan juri tapi saya anggap Adeep ibarat guru dan abang. Ketika pengumuman juara dibuat pun, saya katakan kepadanya, sepatutnya dia yang juara dan bukan saya.

“Kemenangan saya mungkin dinilai daripada sudut kreativiti persembaha­n. Dari segi vokal saya memang kalah dengan Adeep.

“Kami hanya dipisahkan dengan markah yang tipis apabila saya dapat

89.27 dan dia 89. Mungkin kemenangan saya dibantu doa dan bacaan Yasin berterusan daripada ibu bapa sepanjang saya bertanding,” katanya.

Fitri yang berstatus bapa tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 13 tahun tidak menafikan sudah ada pihak yang mengungkit cerita lama berkaitan peribadiny­a.

“Inilah manusia dan saya kena kenal siapa musuh dan siapa kawan,” katanya.

Mengulas mengenai wang berjumlah RM100,000 yang dimenangin­ya, Fitri belum memikirkan perancanga­n selanjutny­a.

“Yang pasti dalam wang ini akan ada bahagian untuk ibu bapa, anak, adikberadi­k, zakat dan kerja kebajikan.

“Tak lupa juga saya akan buat kenduri untuk

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia