Harian Metro

Penangan Mr Grey

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Meskipun pernah menyepi seketika, cinta anggota Qalam Band terhadap muzik tidak pernah pudar.

Apatah lagi, empat anak jati Perak ini sentiasa mendapat suntikan semangat daripada penerbit single mereka, Sheikh Qalam.

Tampil dengan single ketiga, Hikayat Seorang Pencinta sekitar lapan bulan lalu seakan-akan memberi nafas baru kepada band ini.

Vokalisnya, Eynol berkata, walaupun single itu tidak sehangat karya penyanyi lain, melodi dan liriknya mantap.

“Qalam Band bertuah kerana dapat bekerjasam­a dengan komposer berkaliber, Ajai.

“Ternyata lagu ciptaannya dan lirik hasil nukilan bersama beliau dengan Sheikh Qalam sedikit sebanyak membantu Qalam Band bernafas semula.

“Terus terang, minat kami dalam bidang muzik dan nyanyian sangat mendalam cuma hingga kini kami selesa bergiat aktif di Perak.

“Apatah lagi anggota kumpulan ini terikat dengan komitmen kerjanya lain,” katanya.

Selain Eynol, Qalam Band dianggotai Faizwan Farman Farod Hasfardy atau Faizwan selaku pemain gitar, Mohd Hanif Omar (Hanif- keyboard) dan Wan Muhammad Mukhrizad Wan Mokhtar (Izad- basis).

Eynol atau nama sebenarnya Muhammad Zainol Mohd Nor berkata, Hanif bekerja dalam bidang fotografi manakala Izad pula kakitangan kerajaan.

“Saya dan Faizwan pula pemuzik sepenuh masa.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada penonton drama Mr Grey. Memandangk­an single Hikayat Seorang Pencinta menjadi salah satu lagu tema drama ini, Qalam Band dikenali semula,” katanya.

Dek populariti drama Mr Grey, kumpulan itu baru-baru ini mendapat 12 undangan persembaha­n di sekitar Pahang.

“Penangan drama Mr Grey yang berjaya menambat hati penonton bawa tuah kepada Qalam Band.

“Seronok dapat menghiburk­an penduduk

Pahang yang tahu lagu kami,” katanya.

Qalam Band mula diperkenal­kan pada 2013 dan pernah muncul dengan dua single iaitu Dilamun Rindu serta Rintihan Kalbu duet dengan pelakon yang juga penyanyi Rafidah Ibrahim.

Namun, berikutan ada masalah dalaman mereka menyepi selama tiga tahun dan muncul semula tahun lalu.

Qalam Band bangkit semula melalui single Hikayat Seorang Pencinta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia