Harian Metro

Minimum 2 bulan siapkan satu kostum

-

DARI MUKA N33

Katanya, walaupun budaya popular itu adalah bidang baru, ia mempunyai masa depan yang cerah selain memberikan pulangan menggalakk­an.

“Dunia adiwira ini mencetuska­n fenomena sejak beberapa tahun lalu dan mempunyai pengikut yang ramai terutama dalam kalangan anak muda.

“Lebih-lebih lagi apabila adiwira ini bukan saja menjadi tarikan untuk hiburan semata-mata, malah sebagai aktiviti kebajikan,” katanya kepada Nuansa.

Menurutnya, beliau mula membuat Lightsaber selepas muncul dengan memakai kostum Star Wars bersama pedang itu ketika menonton wayang filem epik berkenaan dengan komuniti superhero terbabit enam tahun lalu.

“Lightsaber yang saya bawa itu menarik perhatian ahli Star Wars Malaysia Fan Club kerana belum pernah ada adiwira Star Wars tampil bersama pedang ini.

“Menariknya ia dibeli pada harga RM800 di sebuah kedai mainan,” katanya yang digelar Shaz Stark oleh komuniti terbabit.

Bagaimanap­un, pada asalnya beliau memang tidak mengetahui cara membuat pedang ini tapi kerana gemar cabaran dan suka mempelajar­i sesuatu yang baru, dia sanggup mempelajar­inya menerusi YouTube di samping mempraktik­kan ilmu ketika melanjutka­n pengajian dalam bidang Reka Bentuk Industri di Universiti Lim Kok Wing.

“Saya mengambil masa selama tiga bulan untuk mempelajar­i dan melakukan penyelidik­an pembanguna­n Lightsaber sebelum menerima tempahan awal 30 unit,” katanya.

Katanya lagi, sejak 2012 beliau sudah membuat dan menjual 300 unit Lightsaber termasuk kepada pelanggan antarabang­sa dari Australia, Perancis dan Jerman.

Menurutnya, dua tahun lalu beliau mula membuat 10 kostum adiwira seperti Star Wars, Green Lantern, Iron Man, Over Watch dan Maleficent.

Katanya, beliau turut menggunaka­n YouTube sebagai medium mempelajar­i cara membuat kostum berkenaan.

“Saya mengambil masa

 ??  ?? ANTARA kostum adiwira
dihasilkan Mohammad
Shazni.
ANTARA kostum adiwira dihasilkan Mohammad Shazni.
 ??  ?? MEMERIKSA kostum Iron Man dan ‘The Flash’.
MEMERIKSA kostum Iron Man dan ‘The Flash’.
 ??  ?? MEMASANG elektronik pada tangan Iron Man.
MEMASANG elektronik pada tangan Iron Man.
 ??  ?? MENCUBA tangan Iron Man.
MENCUBA tangan Iron Man.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia