Harian Metro

Jebak puyuh paling unik

-

Koleksi antik Muzium Negara, reka

bentuk berbeza mengikut tempat

Pameran yang berlangsun­g dari 16 April hingga 15 Mei ini menghimpun­kan

120 peralatan tradisiona­l merangkumi peralatan memburu, menangkap burung, ikan, jerat dan perangkap haiwan darat, koleksi lukisan berkaitan haiwan serta kajian ilmiah.

Kurator muzium terbabit, Mohammad Anis Abdul Samad berkata, peralatan paling unik dipamerkan ialah jebak burung puyuh kerana ramai tidak mengetahui dan jarang melihatnya.

“Terdapat kira-kira 13 jenis jebak burung puyuh dipamerkan dan ia antara koleksi antik Muzium Negara serta milik peribadi pengum- pul barangan antik, Datin Azlina Yunus.

“Peralatan ini diperbuat daripada buluh, kayu dan jaring. Reka bentuknya berbeza mengikut tempat iaitu Kelantan, Thailand, Indonesia dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, jebak itu bersaiz kecil kerana bersesuaia­n dengan saiz burung puyuh. Pada masa dulu, memikat burung burung puyuh antara kegiatan diminati terutama selepas musim menuai padi ketika banjir.

“Pada musim itu burung puyuh mudah didekati. Puyuh denak diletakkan di dalam jebak untuk dijadikan penarik kepada puyuh liar.

“Apabila puyuh liar mendekati pintu jebak dan terpijak jerat yang dipasang, pintu jebak pun tertutup,” katanya.

Jelasnya, aktiviti menjebak burung puyuh semakin dilupakan apabila haiwan berkenaan mudah didapati kerana adanya penternaka­n moden.

Namun masih ramai pencinta seni meminati jebak puyuh sebagai salah satu artifak budaya kerana memiliki keindahan dan keunikan tersendiri yang perlu dipulihara.

-Nor ‘Asyikin Mat Hayin

 ??  ?? PENSYARAH Jabatan Sosio Budaya Akademi Pengajian Melayu Zamre Abu Hassan menunjukka­n bubu iaitu sejenis peralatan menangkap ikan.
INFO
Pameran Peralatan Memburu Jerat dan Perangkap
Peralatan: 120
Tarikh: 16 April hingga 15 Mei 2018
Alamat: Muzium...
PENSYARAH Jabatan Sosio Budaya Akademi Pengajian Melayu Zamre Abu Hassan menunjukka­n bubu iaitu sejenis peralatan menangkap ikan. INFO Pameran Peralatan Memburu Jerat dan Perangkap Peralatan: 120 Tarikh: 16 April hingga 15 Mei 2018 Alamat: Muzium...
 ??  ?? Terdapat kira-kira 13 jenis jebak burung puyuh dipamerkan dan ia antara koleksi antik Muzium Negara serta milik peribadi
pengumpul barangan antik, Datin Azlina
Yunus PENSYARAH kanan Jabatan Sosio Budaya Akademi Pengajian Melayu Dr Marzudi Md Yunus...
Terdapat kira-kira 13 jenis jebak burung puyuh dipamerkan dan ia antara koleksi antik Muzium Negara serta milik peribadi pengumpul barangan antik, Datin Azlina Yunus PENSYARAH kanan Jabatan Sosio Budaya Akademi Pengajian Melayu Dr Marzudi Md Yunus...
 ??  ?? MOHAMMAD Anis melihat antara jebak burung puyuh yang dipamerkan.
MOHAMMAD Anis melihat antara jebak burung puyuh yang dipamerkan.
 ?? FOTO ?? JEBAK burung puyuh peralatan yang menarik terdapat dalam pameran.
FOTO JEBAK burung puyuh peralatan yang menarik terdapat dalam pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia