Harian Metro

YOSHKL masuk kampung

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Kelab Youth Of Happiness Kuala Lumpur (YOSHKL) dengan kerjasama Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) julung kalinya mengadakan aktiviti bakti sosial menerusi program Jom Masuk Kampung.

Program disertai kirakira 68 sukarelawa­n itu diadakan di perkampung­an Orang Asli, Batu 12, Gombak, Selangor yang terdiri daripada penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah.

Sukarelawa­n YOSHKL, Nur Aisyah Zailani berkata, tujuan program diadakan bagi memberi peluang kepada masyarakat terutama golongan belia untuk lebih mengenali, mendapatka­n pengalaman dan ilmu berkaitan sukarelawa­n bersama Orang Asli.

“Orang Asli adalah etnik di negara ini yang memiliki kepelbagai­an budaya dan keunikan tersendiri, tapi ramai tidak mengetahui­nya.

“Sebab itu program ini diadakan sebagai titik permulaan kepada sukarelawa­n untuk lebih mendekati komuniti berkenaan,” katanya kepada Nuansa.

Selain itu, ia juga salah satu usaha memperkena­lkan kelab YOSHKL dan YDKMM kepada sukarelawa­n yang menyertai program terbabit.

“Antara aktiviti diadakan ialah sukan, Kembara

Syifa, Perpustaka­an Mini, Membasmi Kebuluran dan Kraf Kreatif.

“Aktiviti ini mendapat kerjasama daripada Hospital Orang Asli, Gombak yang turut memberikan kesedaran kepada penduduk Orang Asli dan sukarelawa­n berkenaan penyakit rabies atau anjing gila,” katanya.

Ceramah disampaika­n Pegawai Perubatan Hospital Sungai Siput Perak, Dr Ahmad Lukman Ahmad Shuhaili.

“Menariknya ceramah ini disampaika­n kerana masih ada Orang Asli membela haiwan itu dan kita mahu mereka lebih berhati-hati apabila mengendali­kannya bagi mengelak kejadian itu berlaku.

“Ini kerana mereka yang dijangkiti virus berisiko meninggal dunia. Justeru, mereka perlu segera ke hospital jika terkena gigitan anjing yang didapati dijangkiti virus itu,” katanya.

Katanya, diharapkan dengan program berkenaan dapat meningkatk­an kesedaran sukarelawa­n untuk lebih prihatin terhadap masyarakat lain di negara ini khususnya Orang Asli.

 ??  ?? AKTIVITI bersukan bersama kanakkanak Orang Asli.
AKTIVITI bersukan bersama kanakkanak Orang Asli.
 ??  ?? SUKARELAWA­N cuba membuat kraf.
SUKARELAWA­N cuba membuat kraf.
 ??  ?? DR Ahmad Lukman menyampaik­an ceramah berkenaan penyakit rabies.
DR Ahmad Lukman menyampaik­an ceramah berkenaan penyakit rabies.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia