Harian Metro

Duta Goodwill termuda

- Susunan Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Muzoon individu pertama dengan status pelarian rasmi diberi kepercayaa­n oleh UNICEF

Andai tanah air tercinta dilanda konflik, apakah pilihan barangan peribadi yang akan anda bawa bersama?

Buku sekolah menjadi satusatuny­a barangan milik aktivis pendidikan berasal dari Syria, Muzoon Almellehan, yang dibawa bersama ke kem pelarian di Jordan apabila perang saudara di Syria memuncak sekitar 2014.

Dilantik sebagai Duta Goodwill termuda Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabang­sa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada 19 Jun 2017, sekali gus menjadikan gadis berusia 19 tahun ini individu pertama dengan status pelarian rasmi diberi kepercayaa­n itu.

Dibesarkan dalam keluarga yang diketuai bapa yang juga guru sekolah, Muzoon mengakui sejak kecil dia didedahkan pendidikan adalah kunci utama bakal menjamin masa depan.

“Saya tahu hanya pendidikan yang mampu mengubah kehidupan saya pada masa akan datang. Oleh itu, apabila kami sekeluarga melarikan diri dan meninggalk­an Syria, buku sekolah barangan utama yang saya bawa bersama.

“Sebagai pelarian, saya menyaksika­n sendiri situasi yang berlaku terhadap kanak-kanak, sama ada dipaksa berkahwin awal ataupun menjadi buruh.

“Separuh daripada 40 gadis di kelas saya di kem pelarian Za’atari meninggalk­an persekolah­an dengan alasan berkahwin awal, yang sememangny­a bukan kebiasaan bagi masyarakat

Syria. Namun kadarnya meningkat secara drastik sejurus peperangan berlaku.

“Hak dan peluang mereka untuk mendapatka­n pendidikan tertutup sekali gus hilangnya masa depan. Jadi, saya berbangga apabila dapat bekerjasam­a dengan UNICEF untuk membantu menyuaraka­n hak pendidikan bagi kanak-kanak,” katanya.

Remaja ini mula dikenali di kem berkenaan apabila sering memujuk ibu bapa, terutama yang memiliki anak perempuan untuk mendapatka­n pelajaran berbanding perkahwina­n awal.

Bukan itu saja, Muzoon turut berusaha memberi nasihat dan memujuk kanak-kanak perempuan untuk meneruskan persekolah­an mereka dan mengelak perkahwina­n kanak-kanak.

Mendapat jolokan sebagai ‘Malala Syria’, pelarian yang kini menetap di Newcastle ini semakin aktif mengunjung­i negara dilanda konflik bagi mempromosi­kan kepentinga­n pendidikan bagi kanak-kanak.

Pada 16 Oktober 2017, buat pertama kalinya aktivis muda ini bersama UNICEF kembali semula ke Jordan yang menjadi tempat tinggalnya selama tiga tahun di dua kem pelarian termasuk Azraq.

Bertemu kanak-kanak yang mengharapk­an kehidupan mereka dipulihkan menerusi pendidikan, menguatkan lagi semangat Muzoon untuk memperjuan­g dan menyuaraka­n hak hampir 27 juta kanak-kanak tidak bersekolah akibat konflik.

Kira-kira 2.4 juta kanak-kanak Syria hilang peluang untuk belajar termasuk 1.7 juta di Syria manakala selebihnya kanakkanak pelarian di Mesir, Jordan, Lubnan dan Turki.

 ??  ?? KETIKA mengunjung­i Chad bersama UNICEF.
KETIKA mengunjung­i Chad bersama UNICEF.
 ??  ?? MENDAPAT jolokan ‘Malala Syria’.
MENDAPAT jolokan ‘Malala Syria’.
 ??  ?? BERSAMA keluargany­a.
BERSAMA keluargany­a.
 ??  ?? INGIN memperjuan­gkan hak pendidikan kanak-kanak.
INGIN memperjuan­gkan hak pendidikan kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia