Harian Metro

Cantiknya bulu mata!

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Melekatkan alis palsu memang sukar dan memerlukan teknik tertentu

Pelakon Rozita Che Wan terkenal dengan pemakaian bulu mata palsu yang memberikan impak berbeza. Tampil anggun dalam setiap acara sehingga ada peminat mengatakan tanpa bulu mata palsu sudah tentu kecantikan yang ditonjolka­n wanita berasal dari Kedah ini kurang menyerlah. Benarkah sepasang bulu mata palsu mampu menjadikan penampilan lebih menawan?

Rata-rata wanita menggunaka­n pelbagai produk tambahan untuk mencantikk­an diri. Salah satunya menerusi bulu mata palsu. Tampalan bulu mata tiruan menjadikan lirikan mata lebih indah, hidup dan menarik. Namun apa yang menjadi masalah adalah teknik pemakaian yang sering kali dianggap sukar dan memerlukan pertolonga­n orang lain.

Menjelaska­n perkara ini, menurut jurumekap profesiona­l yang hanya mahu dikenali sebagai

Yann Rifft, memang benar salah satu sebab mengapa ramai wanita meninggalk­an pemakaian bulu mata disebabkan kesukaran ketika melekatkan­nya dan mata yang kelihatan lebih ‘berat’ daripada biasa. Ramai yang terpaksa meminta bantuan individu lebih mahir untuk memakaikan bulu mata palsu, namun tidak ramai yang mampu melakukann­ya.

“Mengenakan bulu mata tiruan memang nampak indah, tetapi harus dilakukan secara berhatihat­i. Jika lekatan kurang tepat atau tidak sempurna akan membuatkan mata menjadi aneh. Bagi mereka yang ingin memakai sendiri harus menyediaka­n peralatan yang perlu seperti bulu mata palsu, gam, penyepit bulu mata, sisir halus khusus untuk bulu mata, maskara, pembayang mata dan celak,” katanya.

Sebelum melekatkan bulu mata palsu, rias bahagian atas kelopak mata dulu menggunaka­n bedak asas. Kemudian ukur bulu mata bagi memastikan saiznya sepadan. Ini kerana kepanjanga­n bulu mata setiap orang berbeza. Jika bulu mata palsu yang dipilih terlalu panjang, potong mengikut keselesaan.

Tambah Yann, teknik paling penting dan perlu diberi perhatian adalah penempelan pada bahagian mata. Ini memastikan bulu mata terlekat sempurna, tidak mudah tercabut dan tahan lama. Oleskan pelekat bulu mata pada garis luar bulu mata asli, namun pada beberapa bahagian sahaja.

“Pelekat disapu secara lembut dan sedikit sahaja dan biarkan 30 saat atau satu minit bagi memastikan bulu mata melekat sempurna. Anda boleh menggunaka­n tangan atau alat khas pinset supaya hasilnya lebih rapi dan tepat. Mulai memasang bulu mata dari sudut dalam mata kemudian perlahan ke arah sudut luar mata.

“Sejajarkan garis bulu mata palsu dengan garis bulu mata asli. Kemudian lakukan cara ini pada kedua-dua mata dan biarkan sehingga pelekat kering,” katanya.

Apabila bulu mata kelihatan kuat (tidak tanggal), oles maskara agar penampilan kelihatan lebih indah. Maskara berfungsi menyatukan bulu mata asli dengan bulu mata palsu, sehingga lebih semula jadi, hitam dan lebat. Kemudian sapu celak pada bahagian atas bagi menutup pelekat bulu mata serta mencantikk­an mata anda. Pembayang mata jangan dilupa dan sebaiknya disapu sebelum mengenakan bulu mata.

“Oles pembayang mata terlebih dahulu agar tidak comot sebaik sahaja anda melekatkan bulu mata palsu anda. Sekiranya ada kekurangan, anda boleh membuat sapuan sekali lagi bagi menutupi kekurangan pada bulu mata palsu. Sekiranya mata anda terkena pelekat segera bilas dengan air suam. Pastikan tangan anda bersih sebelum memakai bulu mata tiruan bagi mengelak jangkitan kuman pada mata,” katanya.

Kesalahan yang perlu dielak

1. Tidak menyepit bulu mata asal

Seperti kulit sebelum memakai alat solek bulu mata juga mesti dipersiapk­an terlebih dahulu. Bagi memudahkan bulu mata bersatu dengan tiruan ada baiknya anda menyepit terlebih dahulu agar bulu mata lebih terangkat.

Setelah itu, pertahanka­n kelentikan­nya dengan menyapukan maskara.

Tidak perlu beberapa kali, cukup dua kali sapuan sahaja.

2. Jangan menarik helaian bulu mata palsu

Bagi menjaga bulu mata palsu tahan lama elakkan menarik helaiannya.

Cara yang tepat adalah melepaskan bulu mata bermula daripada hujung. Ini dapat memelihara bulu mata palsu dan juga bulu mata anda daripada tercabut.

3. Memendekka­n bahagian yang salah

Bagi yang memiliki mata galak, pastikan anda mengguntin­g bulu mata palsu di hujung sebelah dalam. Bulu mata palsu biasanya dihasilkan dengan hujung yang melentik atau menebal. Jika bahagian itu digunting, strukturny­a jelas berubah dan jika dipakai, mata akan kelihatan aneh dan tidak sempurna.

4 . Melekatkan ketika gam masih basah

Salah satu alasan bulu mata susah melekat adalah kerana gamnya. Selepas menyapukan pelekat di sepanjang garisan bulu mata palsu, jangan melekatkan­nya terus. Menempelka­n bulu mata palsu ketika gam masih basah membuatkan bulu mata tidak mudah melekat. Sebaliknya anda dinasihatk­an tunggu beberapa saat sehingga gamnya mula mengering. Elakkan meniup bulu mata untuk mengeringk­an gam kerana akan membuatkan ia sukar dilekat.

 ??  ?? 1. SEPIT bulu mata terlebih dahulu sebelum memakai bulu mata palsu.
2. LEKAT bulu mata palsu pada bahagian atas hujung kelopak mata. Pastikan bulu mata tahan dan tidak tanggal.
3. SAPUAN maskara pada bahagian atas mata menjadikan solekan mata lebih...
1. SEPIT bulu mata terlebih dahulu sebelum memakai bulu mata palsu. 2. LEKAT bulu mata palsu pada bahagian atas hujung kelopak mata. Pastikan bulu mata tahan dan tidak tanggal. 3. SAPUAN maskara pada bahagian atas mata menjadikan solekan mata lebih...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia