Harian Metro

Nak bayar jurusolek pun liat...

-

Artis Malaysia ini banyak kerenah mereka. Ada yang berduit, tapi kedekut. Terbaru, SS ada mendengar cerita mengenai keluarga artis cantik jelita.

Bukan seorang saja, tetapi dua tiga adikberadi­knya menjadi artis. Rupa paras masingmasi­ng, tak perlu dinafikan memang cantik jelita.

Namun, ada satu perkara yang tak berapa cantik mengenai adikberadi­k ini.

Menurut rakan

SS, mereka sering menggunaka­n khidmat jurusolek selebriti untuk menata rias wajah mereka.

Namun, setiap kali itu jugalah, mereka tak pernah membayar perkhidmat­an daripada jurusolek selebriti itu.

Mungkin adik-beradik ini menganggap jurusolek itu menaja solekan di muka mereka? Sekali dua, jurusolek itu masih mendiamkan diri.

Tapi, apabila sudah berlebihan, jurusolek itu pun sudah malas nak melayan perangai mereka. Menurut jurusolek itu, harapnya, tidak ada rakan jurusolek lain terkena seperti apa yang dihadapiny­a.

Mana duit daripada ‘job’ selama ini? Tak simpan ke?

SS: Kalau tak ada duit, solek wajah sendiri. Artis wanita yang seorang ini dalam pada kerap membuat lawak, ada juga perangai kurang enaknya.

Jika dulu, dia dijaga pengurus berkaliber.

Tapi, selepas namanya mula dikenali, dia mula menunjukka­n taring.

Hanya berdasarka­n jumlah pengikut di Instagram, khabarnya dia menolak beberapa cadangan daripada pengurusan lamanya sebelum membuat keputusan untuk bergerak sendiri.

Apabila SS bertanya kepada orang dalam pengurusan itu, mereka memberitah­u dia memang banyak peel dan mula ‘feeling’.

Tapi, selepas keluar daripada naungan pengurusan itu, rasanya namanya juga tidaklah semeriah dulu.

Dalam kata lain, suamsuam kuku saja. Mungkin rezekinya semakin berkurang apabila dia mula menunjukka­n sikap sebenarnya.

SS: Artis perlu pengurus yang baik untuk berkembang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia