Harian Metro

Tiada lagi fifth Harmony

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Anggota muat naik kenyataan peribadi di Twitter luahkan kesedihan

Selepas mengumumka­n mereka bakal berpecah buat sementara waktu pada Mac lalu, kumpulan Fifth Harmony akhirnya mengucapka­n selamat tinggal, baru-baru ini.

Anggotanya Ally Brooke, Normani, Dinah Jane dan Lauren meninggalk­an mesej sedih di Twitter.

“Kami tidak minta apaapa selain persembaha­n terakhir yang terbaik. Terima kasih buat semua yang hadir malam ini.

“Kami sayang kamu Florida! Kalian akan sentiasa tersemat di hati kami,” tulis kumpulan itu di akaun rasmi Twitter mereka.

Kenyataan itu dibuat sejurus mereka selesai menjayakan persembaha­n di Hard Rock Live, The Event Center Hollywood, Florida, Amerika Syarikat (AS).

Terdahulu, mereka sempat mengabadik­an foto bersama sebelum memulakan persembaha­n itu.

Mereka turut memuat naik kenyataan peribadi di Twitter dengan meluahkan kesedihan di atas perpisahan itu.

“Selalu dan selamanya. Saya sayang kamu lebih daripada yang kamu tahu. Terima kasih Tuhan untuk itu,” kata Normani.

Selepas persembaha­n itu, Lauren turut tampil dengan kenyataan menyentuh hati mengenai rasa syukurnya menjadi sebahagian daripada Fifth Harmony.

“Mengimbas semula perjalanan kami selama enam tahun sejak menyertai X-Factor, sudah jauh kami bergerak dan semestinya menghargai setiap perkara buat selama-lamanya.

“Kami menempuh satu perjalanan yang sangat bermakna dan tidak tahu bagaimana mahu menggambar­kan rasa syukur terhadap sokongan kalian.

“Selepas enam tahun mengerah keringat tanpa henti, kami perlu akur dengan hakikat yang kami perlu berehat. Ia sangat penting untuk kami meneruskan karier solo masing-masing,” katanya.

Fifth Harmony mengejutka­n peminat mereka apabila mengumumka­n bakal membawa haluan masingmasi­ng pada 19 Mac lalu.

Semestinya ia satu berita duka apatah lagi mereka antara kumpulan wanita paling berpengaru­h beberapa tahun kebelakang­an ini.

Bagaimanap­un, sejak Camila Cabello mengundurk­an diri daripada kumpulan itu pada 18 Disember 2016, populariti Fifth Harmony mula merudum.

Kumpulan itu mula mencipta fenomena selepas menyertai program realiti The X-Factor AS musim kedua pada 2012. Kumpulan itu sangat popular malah lagu yang didendangk­an menjadi kegilaan di seluruh dunia.

Antara lagu popular kumpulan itu termasuk Worth It, Work From Home, Miss Moviní On, Thatís My Girl dan Sledgehamm­er.

Selepas enam tahun mengerah keringat tanpa henti, kami perlu akur dengan hakikat yang kami perlu berehat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia