Harian Metro

Desa mini Sahrul Naim

 Pembantu undang-undang minat hasilkan replika kediaman sejak usia 11 tahun

- Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan cnews@nstp.com.my

Walaupun latar belakang pengajian dalam bidang Kehakiman dan Guaman Islam, namun replika rumah yang dihasilkan Mohamad Sahrul Naim Arbain, 27, mudah mengaburi mata orang ramai yang kebanyakan­nya menganggap dia mahir dalam bidang seni.

Hobi Mohamad Sahrul Naim dalam menghasilk­an replika menarik minat netizen apabila dia memuat naik gambar replika rumah kampung di akaun Facebook (FB) miliknya, malah mendapat komen positif yang mengatakan replika itu seperti rumah kampung yang betul.

Menurutnya, dia mula minat menghasilk­an replika rumah sejak usia 11 tahun apabila gurunya menyuruh membuat replika rumah menggunaka­n kotak dan lidi.

Katanya, sejak itu, dia mula tertarik dengan replika rumah, malah perasaanny­a untuk menghasilk­an replika rumah dengan lebih unik semakin membuak sehingga hari ini.

Mohamad Sahrul Naim berkata, setakat ini dia sudah menghasilk­an 20 replika antaranya rumah kampung, kedai makan dan surau dengan semuanya berkonsepk­an suasana kampung.

“Saya lebih berminat konsep suasana kampung itu kerana saya memang berasal dari kampung di Sungai Besar, Sabak Bernam, malah semua replika yang saya buat mengingatk­an saya kepada zaman kanak-kanak dulu.

“Mustahil untuk saya undur masa kembali ke zaman dulu, jadi dengan cara ini saja saya dapat luahkan rasa rindu kepada suasana kampung dulu.

“Lagipun replika ini juga dapat memperkena­lkan peralatan pada zaman dulu seperti lampu minyak tanah dan batok kepada kanak-kanak sekarang yang kebanyakan­nya tidak tahu peralatan itu,” katanya.

Menurutnya, dia menganggap hobi itu adalah satu terapi bagi dirinya untuk mengurangk­an tekanan di tempat kerja dengan meluahkan segala yang dirasa melalui penghasila­n replika terbabit.

“Saya tidak kisah menghabisk­an masa dalam dua hingga tiga jam setiap malam dan hujung minggu untuk menghasilk­an replika asalkan segala urusan penting sudah diselesaik­an,” katanya.

Mohamad Sahrul Naim berkata, hampir 90 peratus replika ini diperbuat daripada lidi dan tempoh untuk menyiapkan replika bergantung kepada keluasan replika berkenaan kerana semuanya dihasilkan sendiri kecuali kereta dan motosikal mainan.

“Pembinaan replika ini adalah sama dengan pembinaan rumah yang betul kerana harus mempunyai lakaran keluasan rumah sebagai tapak di atas kertas terlebih dulu.

“Adanya tapak akan memudahkan proses mendirikan tiang dan seterusnya baru menyiapkan dinding dan bumbung, namun proses menggam lidi perlu dilakukan dengan lebih teliti supaya nampak kemas.

“Kebanyakan idea yang saya dapat untuk menghasilk­an replika itu diperoleh apabila saya bersiar di kawasan kampung dan sawah padi, malah semakin buruk rumah itu, semakin suka saya tengok,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai pembantu undang-undang berkata, hobi dan pekerjaann­ya memang tidak mempunyai persamaan, tetapi dia tahu kedua-duanya memiliki keseimbang­an.

“Saya merasakan keseimbang­an itu tercipta apabila pekerjaan ini memerlukan saya untuk berjumpa dengan orang ramai dan akan memberikan tekanan, tetapi semua tekanan itu hilang apabila saya meluahkan kepada replika.

“Walaupun ada orang ramai yang meminta saya mengadakan kelas, namun saya tidak berani kerana saya bukanlah daripada bidang ini tetapi saya hanya sekadar mampu berkongsi ilmu dan memberi pandangan,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Sahrul menunjukka­n hasil skala yang dibinanya menggunaka­n gabungan bahan yang boleh didapati dari kedai yang menjual peralatan seni.
MOHAMAD Sahrul menunjukka­n hasil skala yang dibinanya menggunaka­n gabungan bahan yang boleh didapati dari kedai yang menjual peralatan seni.
 ??  ?? MOHAMAD Sahrul sudah menghasilk­an 20 replika.
MOHAMAD Sahrul sudah menghasilk­an 20 replika.
 ??  ?? MOHAMAD Sahrul menunjukka­n hasil skala yang dibinanya menggunaka­n lidi sate.
MOHAMAD Sahrul menunjukka­n hasil skala yang dibinanya menggunaka­n lidi sate.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia