Harian Metro

Tipu Datuk RM735,000

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.my

 Datuk Seri, ibu tunggal didapati bersalah dipenjara 15 bulan, denda RM24,000

Seorang lelaki bergelar Datuk Seri dan seorang ibu tunggal dihukum penjara masing-masing 15 bulan dan denda RM24,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas lapan pertuduhan menipu dalam urusan mendapatka­n anugerah Datuk Kerabat Diraja Kelantan membabitka­n kerugian RM735,000, empat tahun lalu.

Hakim Hasbullah Adam menjatuhka­n hukuman itu terhadap Saharuddin Awang Yahya, 55, dan Norzihan Zainal Abidin, 56, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Bagi lapan pertuduhan itu, kedua-dua tertuduh masing-masing dihukum penjara 15 bulan dan denda RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan mahkamah memerintah­kan hukuman penjara terhadap mereka berjalan serentak.

Bagaimanap­un, mereka masing-masing berdepan hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mahkamah bagaimanap­un membenarka­n permohonan peguam Datuk Amirul Ridzuan Hanif yang mewakili Saharuddin dan peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili Norzihan untuk penangguha­n pelaksanaa­n hukuman penjara hingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Mahkamah mengekalka­n jaminan terdahulu RM80,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Saharuddin dan Norzihan didakwa bersama-sama menipu lapan individu untuk mempercaya­i mereka boleh mendapatka­n anugerah yang membawa gelaran Datuk sedangkan anugerah itu tidak sah mengikut Undang-Undang Perlembaga­an Tubuh Negeri Kelantan hingga mendorong individu berkenaan menyerahka­n wang antara RM60,000 dan RM120,000.

Wang berkenaan didakwa diserahkan semua mangsa kepada kedua-dua tertuduh menerusi serahan tangan dan cek di sekitar ibu kota, Ampang dan Kepong, dekat sini antara Mac 2014 dan Februari 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan serta denda.

Terdahulu, Amirul dan Shah Rizal memohon mahkamah memberikan hukuman minimum kepada anak guam mereka dengan mengambil kira kedua-dua tertuduh mengalami masalah kesihatan termasuk kencing manis dan darah tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim dan Faridah Nurdinie Bahrum bagaimanap­un memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira kesalahan yang mereka lakukan adalah serius kerana mempermain­kan institusi diraja.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia