Harian Metro

Cendawan lepas guruh

- Abnor Hamizam Abd Manap cnews@nstp.com.my

Mungkin orang lain tidak terfikir, namun bagi sebuah keluarga, cendawan busut yang tumbuh meliar di kebun sawit FELDA Pasoh Tiga di sini, menjadi sumber pendapatan sampingan mereka.

Sahran Siran, 42, dibantu anaknya Mohamad Norshafiq, 20, dan Mohd Norshariq, berusia tujuh tahun, tidak melepaskan peluang mencari dan mengutip cendawan itu kerana mendapat permintaan tinggi penduduk.

Bagi Mohamad Norshafiq yang masih belajar di sebuah kolej di sini, dia memanfaatk­an hari cuti membantu bapanya mengutip tumbuhan itu.

Menurutnya, selain membantu keluarga, hasil jualan cendawan itu menjadi duit poket tambahan baginya.

Mengenai cendawan itu katanya, ia didapati banyak tumbuh selepas guruh terutama pada waktu malam.

“Saya tidak tahu kaitan cendawan ini dengan bunyi guruh, tetapi berdasarka­n pengalaman memang cendawan tumbuh dengan banyak selepas guruh terutama pada waktu malam.

“Biasanya, selepas guruh berdentum pada waktu malam, saya dan ayah mencari cendawan busut yang

 Tumbuh banyak di kebun sawit beri rezeki

tumbuh dengan banyak di dalam kebun sawit pada keesokan pagi.

“Kami perlu masuk ke kebun sawit sebelum matahari terbit supaya cendawan mudah dilihat,” katanya.

Dia berkata, cendawan yang dikutip dibersihka­n sebelum diikat untuk dijual kepada orang ramai yang mencarinya untuk dibuat gulai masak lemak cili api atau sup.

Menurutnya, seikat cendawan yang mempunyai 15 tangkai dijual dengan harga RM5.

Katanya, dia mampu memperoleh pendapatan hingga RM200 dengan hanya menjual cendawan itu.

 ??  ?? MOHD Norshariq menunjukka­n cendawan busut yang ditemui di ladang sawit di FELDA Pasoh Tiga.
CENDAWAN busut yang dikumpulka­n untuk dijual.
MOHD Norshariq menunjukka­n cendawan busut yang ditemui di ladang sawit di FELDA Pasoh Tiga. CENDAWAN busut yang dikumpulka­n untuk dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia