Harian Metro

16 tahun berbaloi

- Amrullah Abdul Karim cnews@nstp.com.my

 Rasidi muncul pelatih terbaik Diploma Lanjutan Sains Kebombaan

Pernah terbabit dengan operasi memadamkan kebakaran membabitka­n seorang mangsa orang kurang upaya (OKU) mati terbakar di Melaka sekitar tahun 2007 adalah antara pengalaman sedih sukar dilupakan anggota bomba, Rasidi Md Yunos, 37.

Malah usahanya membantu menyelamat­kan mangsa banjir besar yang melanda Kelantan selama hampir dua minggu pada tahun 2014 turut meruntun jiwanya untuk terus menabur bakti kepada orang ramai.

Ternyata pengorbana­nnya selama 16 tahun berbaloi apabila dia dianugerah­kan Pelatih Terbaik Keseluruha­n sempena Majlis Penganuger­ahan Diploma Lanjutan Sains Kebombaan Gred KB41 Siri 1/2017 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah di sini, pagi semalam.

Seramai 67 pegawai bomba dari seluruh negara berjaya menamatkan kurus selama enam bulan di akademi itu.

Majlis disempurna­kan, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembanguna­n, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Amer Yusof dan dihadiri Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Mohammad Hamdan Wahid serta Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Md Ali Ismail.

Menurut Rasidi, tugas menyelamat tidak mampu digalas sekiranya tidak mempunyai jiwa dan keinginan tinggi dalam membantu masyarakat yang ditimpa bencana.

“Kerja menyelamat ini kena dengan jiwa saya yang suka membantu masyarakat.

“Disebabkan minat itu juga kampung.

Ketua Operasi merangkap Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan, Jackson Anyie berkata, fokus utama pencarian kini adalah untuk mencari mangsa yang dipercayai masih terperangk­ap di dalam kenderaann­ya. keluarga terutama isteri dan anak-anak faham. Walaupun selalu ditinggalk­an tapi mereka tahu tanggungja­wab saya sebagai suami dan bapa,” katanya.

Rasidi berkata, ibunya, Rokiah Yusof, 71, antara insan paling gembira mendapat tahu dia menerima anugerah kadet terbaik.

Sementara itu, penerima anugerah Pelatih Teori Terbaik, Frediana Kamilis, 30, dari Ranau, Sabah tidak menyangka kerjaya awal di bidang penyiaran sebagai pembaca berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah selama empat tahun berubah menjadi pegawai bomba dan penyelamat.

Menurutnya, dia hanya mencuba nasib memohon Skim Penguasa Bomba KB41 pada 2015 sebelum terpilih mengikuti tiga peringkat saringan fizikal pada 2016, seterusnya dipanggil untuk melapor diri di akademi itu Julai tahun lalu.

“Memang tidak menduga semua ini, malah penerima anugerah hari ini hanya saya ketahui selepas diumumkan dalam majlis jam 8.15 pagi tadi (semalam),” katanya.

Selain beliau, seorang lagi pegawai, Ramlan Marajan, 28, dari Kota Belud, Sabah, dinobatkan penerima anugerah Pelatih Praktikal Terbaik.

 ?? Rasidi Md Yunos ?? AMER (tiga dari kanan) mengucapka­n tahniah kepada Pelatih Terbaik Keseluruha­n, Rasidi (gambar kecil) di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, semalam. Kerja menyelamat ini kena dengan jiwa saya yang suka membantu masyarakat”
Rasidi Md Yunos AMER (tiga dari kanan) mengucapka­n tahniah kepada Pelatih Terbaik Keseluruha­n, Rasidi (gambar kecil) di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, semalam. Kerja menyelamat ini kena dengan jiwa saya yang suka membantu masyarakat”
 ??  ?? ANGGOTA bomba menjalanka­n operasi pencarian mengesan mangsa yang dikhuatiri hilang di Sungai Batang Samarahan, Kota Samarahan.
ANGGOTA bomba menjalanka­n operasi pencarian mengesan mangsa yang dikhuatiri hilang di Sungai Batang Samarahan, Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia