Harian Metro

Polis tahan 2 suspek kes bunuh

-

Polis menahan dua suspek termasuk menantu kepada wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Taman Seri Duyong di sini, 6 Mei lalu.

Suspek wanita berusia 26 tahun dan lelaki berusia lingkungan 20 tahun itu ditahan dalam dua tangkapan berasingan.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Sun Teoh Tia berkata, wanita terbabit ditahan pada hari kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, kira-kira jam 5 petang.

“Suspek kedua yang juga rakannya ditahan di Johor Bahru, kira-kira jam 4 pagi, Ahad lalu.

“Susulan penahanan kedua-dua suspek, polis akan melakukan dua lagi tangkapan dalam tempoh terdekat selepas mengenal pasti identiti dua individu berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Wanita Bersama Mencegah Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit

Beruang di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris.

Teoh Tia berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai samun.

“Kedua-dua suspek tidak memiliki rekod jenayah dan mereka direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, wanita warga emas C Shellie, 67, ditemui mati dalam keadaan tertiarap di katil dengan mulut berdarah dipercayai dicederaka­n penjenayah dalam kejadian samun di rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia