Harian Metro

Hanya seorang periksa gigi

- Nur Izzati Mohamad news@nstp.com.my

 Kurang penyampaia­n maklumat punca orang ramai tak sedar risiko kesihatan

Hanya seorang daripada lima individu dewasa di Pulau Pinang yang menjalani pemeriksaa­n gigi dalam tempoh antara satu hingga dua tahun.

Perkara itu didedahkan melalui Tinjauan Kesihatan Pergigian Kebangsaan Orang Dewasa pada 2010 yang mana pada masa sama terdapat penemuan antara sembilan hingga 10 individu dewasa di negeri ini mengalami masalah gusi yang memerlukan rawatan.

Pengarah Kanan Bahagian Kesihatan Pergigian Datuk Dr Noor Aliyah Ismail berkata, penyampaia­n maklumat berkaitan kepentinga­n kesihatan gigi yang terhad menjadi faktor masyarakat kurang sedar mengenai risiko bakal dihadapi sekiranya mereka tidak menitikber­atkan amalan penjagaan pergigian dengan baik.

Ini kerana katanya, pegawai kesihatan hanya menyampaik­an maklumat kepada pesakit yang hadir sendiri ke klinik atau melalui aktiviti yang dianjurkan menyebabka­n masyarakat tidak peka dengan kesihatan gigi yang sebenarnya perlu diberi perhatian serius.

“Kesihatan pergigian adalah penting kerana banyak fungsi kehidupan bergantung kepada gigi dan gusi yang sihat.

“Sekiranya tidak dijaga dengan baik ia boleh mengundang kepada pelbagai penyakit bahaya yang mengancam kesihatan serta nyawa,” katanya pada Jelajah Ikon Gigi (iGG) Penjara Seberang Perai Peringkat Institusi Penjara Zon Utara 1 dengan Kolaborasi Bahagian Kesihatan Pergigian negeri di sini, semalam.

Amalan penjagaan gigi yang kurang baik menyebabka­n seseorang itu berisiko diserang penyakit jantung, pembuluh darah tersumbat yang mengakibat­kan angin ahmar, pneumonia, gangguan pernafasan, radang pada rahang serta selulit pada wajah.

Dr Noor Aliyah berkata, seramai 406 ikon gigi ditauliahk­an di seluruh negara sejak program itu dilaksanak­an pada 6 Disember 2016.

“Pentauliah­an ikon gigi itu ialah inisiatif merancakka­n aktiviti penyampaia­n maklumat berhubung kesihatan pergigian di kawasan masing-masing.

“Ini membolehka­n masyarakat meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran dalam membuat keputusan berkenaan penjagaan gigi mereka untuk kehidupan yang lebih baik,” katanya.

 ??  ?? DR Noor Aliyah
DR Noor Aliyah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia