Harian Metro

Bayi derita hidap ketumbuhan di bibir

-

Chukai: Seorang ibu runsing memikirkan keadaan bayinya berusia enam bulan selepas disahkan menghidap ketumbuhan pada bibir.

Puteri Athirah Anuar, 23, berkata, bayinya, Aisya Qhumaira Ahmad Sufian dilahirkan sihat sebelum bahagian bawah bibir secara tiba-tiba kemerahan dan membengkak.

Dia berkata, dia merujuk bayinya ke Klinik Kesihatan Kemasik (KKK).

“Pada peringkat awal, tompokan merah itu saya sangka tanda lahir namun disebabkan ia semakin membengkak, saya merujuk anak ke KKK seminggu selepas itu.

“Saya diminta membawa anak ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) namun akibat kekangan kewangan, saya dan suami tidak mampu ke HSNZ.

“Bagaimanap­un, kami membawa anak ke Hospital Kemaman (HK) dan menjalani rawatan keseluruha­n sebelum disahkan menghidap ketumbuhan saluran darah pada bibir,” katanya di sini, semalam.

Dia yang bekerja sebagai pembantu kantin berkata, bayinya dibekalkan sejenis ubat bagi meredakan kesakitan dan bengkak pada bibir.

“Pada peringkat permulaan, anak kerap meragam kerana sakit namun sekarang dia semakin menyesuaik­an diri dengan ketumbuhan itu.

“Bagaimanap­un ia tidak bermakna saya lega kerana selagi ketumbuhan berkenaan tidak dirawat sepenuhnya, saya berasa tidak tenang.

“Ketumbuhan pada bibir membesar dan pada bila-bila masa saja boleh menyebabka­n kesakitan pada anak,” katanya yang boleh dihubungi melalui nombor telefon 0163053947.

Menurutnya, selain menjalani rawatan di hospital, dia bersama suami, Ahmad Sufyan Abdullah, 21, turut mendapatka­n rawatan melalui kaedah tradisiona­l.

“Jika ikut temu janji di hospital, anak perlu dirujuk dua kali sebulan di HK namunkami hanya mampu pergi sekali saja,” katanya.

 ??  ?? AISYA Qhumaira
mengalami ketumbuhan pada saluran darah di bibir.
AISYA Qhumaira mengalami ketumbuhan pada saluran darah di bibir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia