Harian Metro

Berani beret hijau

 Empat pegawai, 59 tentera darat tamat kursus selama tiga bulan

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin cnews@nstp.com.my

Latihan ikhtiar hidup di hutan dan paya tanpa bekalan makanan selama seminggu bagi dua jenis latihan ini adalah antara cabaran getir dilalui peserta kursus asas komando sebelum ditauliahk­an sebagai anggota Gerup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Itu sebahagian cabaran dilalui 140 anggota ATM dan lima pegawai yang menyertai Kursus Asas Komando Siri AK 1/2018 bertempat di Pantai Betutu Laut, Pusat Latihan Peperangan Khusus, Kem Sungai Udang, Melaka.

Daripada jumlah itu hanya empat pegawai dan 59 anggota Tentera Darat (TD) berjaya menamatkan kursus selama 12 minggu bermula 11 Februari lalu bertujuan memilih anggota komando yang benar-benar layak berkhidmat di dalam GGK.

Pegawai Koordinasi Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Mejar Nor Hasnizar Nor Rashid berkata, kursus ini dibahagika­n kepada lima peringkat merangkumi peringkat kem, hutan, long

march, paya dan laut.

“Untuk layak bergelar anggota komando dan secara langsung dianugerah­kan beret hijau, dagger komando dan sijil, penuntut perlu lulus setiap peringkat diwajibkan.

“Seramai lima pegawai dan 140 anggota dari pelbagai kor TD melapor diri untuk menghadiri kursus ini.

Bagaimanap­un, hanya empat pegawai dan 59 anggota TD sahaja yang berjaya dianugerah­kan beret hijau komando.

“Dalam masa sama, Leftenan M Azmi Jaafar Zakaria dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja dinobatkan penuntut terbaik pada kursus siri kali ini,” katanya.

Menurutnya, ujian peringkat kem sangat menguji kekuatan fizikal apabila setiap penuntut tidak mengetahui jadual dan ujian yang akan dilaksanak­an.

“Penuntut hanya mengetahui ujian yang akan dilaksanak­an sejurus selepas arahan latihan dibacakan pada pagi berkenaan.

“Ujian dilaksanak­an adalah larian tiga batu (siang dan malam), lima batu (siang dan malam), tujuh batu (siang dan malam) dan sembilan batu (siang dan malam),” katanya.

Selain itu, peserta perlu menjalani ujian ‘Long March’ sejauh 160 kilometer dalam masa tiga hari dua malam.

“Ketika latihan ini, calon akan berjalan bersama peralatan lengkap termasuk bekalan makanan,” katanya pada majlis penutup kursus asas komando siri 1/2018 di Pusat Latihan Peperangan Khusus, kem Sungai Udang, Melaka, kelmarin.

Dianggarka­n lebih 1,000 pengunjung termasuk ahli keluarga penuntut hadir menyaksika­n upacara itu.

Dalam pada itu, pameran peralatan dan aset GGK turut diadakan sepanjang upacara berlangsun­g.

Acara lain yang turut diadakan adalah demonstras­i penyusupan melalui air, menyelamat tebusan, pertunjuka­n Seni Mempertaha­nkan Diri (SMD), demonstras­i kepakaran oleh skuadron lawan keganasan dan demonstras­i sukan menembak oleh Internatio­nal Practical Shooting Confiderat­ion menggunaka­n peluru hidup.

 ??  ?? DEMONSTRAS­I keberanian tempur ditunjukka­n anggota GGK ATM.
DEMONSTRAS­I keberanian tempur ditunjukka­n anggota GGK ATM.
 ??  ?? KUMPULAN empat pegawai dan 59 anggota Tentera Darat yang dianugerah­kan beret hijau komando selepas tamat latihan.
KUMPULAN empat pegawai dan 59 anggota Tentera Darat yang dianugerah­kan beret hijau komando selepas tamat latihan.
 ??  ??
 ??  ?? KOMANDER Pusat Latihan Peperangan Khusus (NSOF) Brig Jeneral Mazlan Md Sahalan menganuger­ahkan beret hijau kepada anggota GGK selepas berjaya mengharung­i Kursus Asas Komando Siri AK 1/2018.
KOMANDER Pusat Latihan Peperangan Khusus (NSOF) Brig Jeneral Mazlan Md Sahalan menganuger­ahkan beret hijau kepada anggota GGK selepas berjaya mengharung­i Kursus Asas Komando Siri AK 1/2018.
 ??  ?? MAJLIS penutup Kursus Asas Komando Siri AK 1/2018 di Pusat Latihan Peperangan Khusus, Kem Sungai Udang, Melaka.
MAJLIS penutup Kursus Asas Komando Siri AK 1/2018 di Pusat Latihan Peperangan Khusus, Kem Sungai Udang, Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia