Harian Metro

CEO Broadcom dari Malaysia terima gaji tertinggi di AS

-

Seorang individu kelahiran Malaysia menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) yang menerima gaji tertinggi dalam kalangan CEO syarikat utama di Amerika Syarikat.

Menurut berita kewangan dipetik daripada The Wall Street Journal (TWSJ), individu berkenaan, Tan Hock Eng, 65, berasal dari Pulau Pinang adalah CEO Broadcom, pembekal global bagi cip komputer dengan gaji tahunan sehingga AS$103.2 juta (RM407.9 juta) tahun lalu.

Katanya, gaji diperoleh itu menjadikan Tan sebagai individu menerima gaji

CEO tertinggi di AS, sekali gus mendahului jenama besar lain seperti Tim Cook daripada Apple, Sundar Pichai (Google) dan Mark Zuckerberg (Facebook).

“Pakej pembayaran gaji Tan tahun lalu menyaksika­n peningkata­n luar biasa sehingga 318 peratus daripada gajinya sebelum ini iaitu AS$24.7 juta (RM97.6 juta) pada 2016,” katanya.

Menurut laporan TWSJ, gaji asas Tan sebenarnya hanya berjumlah AS$1.1 juta (RM4.35 juta) kerana jumlah selebihnya diperoleh daripada saham yang dianugerah­kan bernilai AS$98.3 juta (RM388.6 juta) dan bonus prestasi AS$3.7 juta

(RM14.6 juta).

Selain itu, perbelanja­an perjalanan, pampasan (bayaran menyamai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), perbelanja­an servis kereta turut dikatakan menyumbang kepada jumlah terbabit.

Tan yang juga graduan dari Massachuse­tts Institute of Technology (MIT) dan Harvard Business School memperoleh bayaran 2,039 kali ganda lebih tinggi berbanding pekerja lain di AS.

 ??  ?? TAN
TAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia