Harian Metro

PETRONAS, Saudi Aramco urus operasi JV

-

dan Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) melancarka­n identiti korporat bagi menguruska­n operasi usaha sama (JV) kedua-dua syarikat berkenaan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, identiti korporat JV itu ialah Pengerang Refining Company Sdn Bhd (PrefChem Refining) dan Pengerang Petrochemi­cal Company Sdn Bhd (PrefChem Petrochemi­cal).

“PETRONAS dan Saudi Aramco memuktamad­kan Perjanjian Pembelian Saham (SPA) pada Mac lalu membabitka­n pelaburan berjumlah AS$7 bilion (RM27.4 bilion) untuk pegangan ekuiti sama rata dan penyertaan dalam operasi penapisan minyak, perekah dan kemudahan petrokimia terpilih di PIC.

“JV ini dibangunka­n berdasarka­n visi dan nilai dikongsi yang menggarisk­an keutamaan kedua-dua syarikat dalam menyumbang kepada rakyat dan negara masing-masing,” katanya pada majlis Pelancaran Logo Identiti Korporat JV antara PETRONAS dan Saudi Aramco, di Pengerang, semalam.

Wan Zulkiflee berkata, sehingga kini, PIC sudah 90 peratus disiapkan dan berada dalam landasan tepat untuk memulakan operasi pada suku pertama 2019.

“PIC menempatka­n kompleks Pembanguna­n Bersepadu Kilang Penapisan dan Petrokimia (RAPID) yang merangkumi kompleks penapisan minyak mentah bersepadu, perekah naphtha dan petrokimia.

“Kompleks ini juga disokong kemudahan lain yang terdiri daripada Loji Janaan Bersama Pengerang (PCP), Terminal Regasifika­si 2 (RGT2), Projek Air Mentah RAPID (PAMER), Unit Pemisahan Udara (ASU), Terminal Perairan Dalam Pengerang (PDT2), selain Kemudahan dan Utiliti Berpusat (UF).

“Sehingga kini, kompleks penapisan minyak dan perekah kini sudah siap 96.54 peratus manakala kemudahan petrokimia sudah mencapai 84.8 peratus,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco, Amin H Nasser berkata, JV berkenaan menguatkan kedudukan dan pertumbuha­n syarikat di Asia Tenggara menerusi penawaran minyak mentah dan operasi hiliran berskala dunia.

“JV ini juga selari dengan strategi hiliran kami untuk melabur dalam penapisan global dan sistem petrokimia kompleks perkilanga­n berskala dunia di rantau utama dengan kapasiti penapisan lapan juta hingga 10 juta tong sehari menjelang 2030.

“Malaysia menawarkan peluang terbaik kepada pengembang­an portfolio hiliran Saudi Aramco di Asia dan lokasi strategik PrefChem di Pengerang akan memperliha­tkan negara ini sebagai hab tenaga serantau prolifik,” katanya.

 ??  ?? WAN Zulkiflee (dua dari kanan), Amin (kanan), Pengerusi PRefChem, Datuk Md Arif Mahmood (dua dari kiri) dan Naib Presiden Kanan Hiliran Saudi Aramco, Abdulaziz Judaimi (kiri) pada Pelancaran Logo Identiti Korporat JV antara PETRONAS dan Saudi Aramco,...
WAN Zulkiflee (dua dari kanan), Amin (kanan), Pengerusi PRefChem, Datuk Md Arif Mahmood (dua dari kiri) dan Naib Presiden Kanan Hiliran Saudi Aramco, Abdulaziz Judaimi (kiri) pada Pelancaran Logo Identiti Korporat JV antara PETRONAS dan Saudi Aramco,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia