Harian Metro

Perdaya bank RM80 juta

-

Mexico City: Antara 300 juta (RM60 juta) hingga 400 juta (RM80 juta) peso dikebas penjenayah siber daripada bank Mexico, termasuk bank kedua terbesar negara itu, Banorte, melalui arahan pindahan wang palsu ke beberapa akaun palsu.

Penggodam menghantar ratusan arahan palsu bagi memindahka­n wang berjumlah antara puluhan ribu hingga ratusan ribu peso dari bank, termasuk Baonorte, ke akaun palsu bank lain sebelum wang terbabit dikeluarka­n dengan serta-merta.

Menurut dua sumber yang rapat dengan pasukan penyiasat kerajaan, penjenayah mencuri 300 juta peso, manakala akhbar El Financiero yang memetik satu sumber, melaporkan jumlahnya 400 juta peso.

Pengarah sistem pembayaran Banxico (pemindahan wang antara bank, Lorenza Martinez, memberitah­u Reuters, lima bank mengesan pemindahan wang tidak dibenarkan itu Jumaat lalu.

Menurut sumber, penggodam mungkin mendapat bantuan dari dalam bank kerana pemindahan wang sebanyak itu bukan kebiasaan dan pasti menarik perhatian.

Menurut Martinez, sistem pemindahan wang antara bank yang dikendalik­an bank pusat, SPEI, tidak terjejas, namun jenayah itu membabitka­n perisian komputer yang dibangunka­n bank atau pihak ketiga bagi menghubung­kan sistem pembayaran.

Menurut bank pusat Mexico, tiada wang pelanggan terbabit dalam jenayah itu kerana ia membabitka­n akaun institusi kewangan di bank pusat. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia