Harian Metro

Bagi Israel semua di Gaza boleh dibunuh

-

Ankara/Geneva/NewYork: Turki mendesak negara Islam mengkaji semula hubungan dengan Israel, manakala agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melabelkan Zionis menganggap ‘sesiapa saja di Gaza boleh ditembak mati’.

Walaupun kecaman dan kritikan keras daripada pelbagai negara, termasuk Russia dan China, keganasan Israel yang dilindungi Amerika Syarikat dikhuatiri tidak terhenti selepas 59 penduduk Palestin ditembak mati sejak kelmarin, pada hari pembukaan rasmi Kedutaan Amerika di Baitulmaqd­is.

Reuters melaporkan, Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim, yang mendesak negara Islam mengkaji semua hubungan dengan Israel, memanggil mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) Jumaat ini, bagi membincang­kan krisis itu.

Turki sebagai Pengerusi OIC paling lantang mengecam keganasan Israel di Gaza dan tindakan Amerika memindahka­n kedutaanny­a ke Baitulmaqd­is.

Menurut AFP, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang melabelkan Israel sebagai negara pengganas dan pembunuh, mengisytih­arkan tempoh berkabung tiga hari susulan kematian penduduk Palestin.

“Tindakan Israel adalah pembunuhan beramai-ramai,” kata Erdogan berucap di hadapan pelajar Turki di London yang disiarkan televisyen.

Turki memanggil pulang dutanya dari Amerika dan Israel.

Pada sesi taklimat PBB di Geneva, jurucakap agensi hak asasi manusia PBB, Rupert Colville berkata, pihaknya bimbang keganasan akan berterusan, malah menjadi lebih besar dan tindakan ganas Israel wajar dikecam.

Menurutnya, Israel berhak mempertaha­nkan sempadanny­a mengikut undang-undang antarabang­sa, namun kekerasan hingga membawa maut adalah langkah terakhir, bukannya hanya kerana penduduk Palestin menghampir­i pagar.

“Bagi Israel, sesiapa saja di Gaza ‘halal’ untuk ditembak mati,” katanya.

Semalam, Amerika menyekat draf gesaan Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya diadakan siasatan bebas terhadap keganasan dahsyat di sempadan Israel-Gaza.

“Majlis Keselamata­n menggesa siasatan bebas bagi memastikan mereka yang melakukann­ya dipertangg­ungjawabka­n,” kata draf itu, menurut AFP. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia