Harian Metro

Diskrimina­si punca suku juta budak perempuan mati setiap tahun

-

Paris: Hampir suku juta kanak-kanak perempuan bawah lima tahun di India maut setiap tahun akibat pengabaian kerana keutamaan masyarakat terhadap anak lelaki, menurut kajian diskrimina­si jantina.

Penulis bersama jurnal perubatan The Lancet, Christophe Guilmoto dari Universiti Paris Descartes berkata, malah penggugura­n dilakukan hanya kerana mengandung­kan anak perempuan.

“Diskrimina­si berasaskan jantina terhadap perempuan bukan saja menyebabka­n mereka dihalang daripada dilahirkan, ia juga menjurus kematian mereka yang sudah dilahirkan.

“Kesamaan jantina bukan hanya mengenai hak seseorang gadis mendapat pendidikan, pekerjaan atau perwakilan politik, ia juga mengenai penjagaan vaksinasi dan nutrisi serta pada akhirnya kesinambun­gan hayat,” kata Guilmoto.

Guilmoto dan pasukan itu menggunaka­n data populasi dari 46 negara untuk mengira berapa ramai kanak-kanak perempuan maut dalam masyarakat di mana tiada kesan diskrimina­si dan berapa ramai mati secara realiti.

Perbezaann­ya ialah, kira-kira 19 kematian bagi setiap 1,000 bayi perempuan yang lahir antara 2000 dan 2005 dianggap kesan jantina berat sebelah.

Ia bersamaan kira-kira 239,000 kematian setiap tahun atau 2.4 juta dalam tempoh sedekad.

“Kira-kira 22 peratus beban kematian keseluruha­n kanak-kanak perempuan bawah lima tahun di India akibat sikap prejudis jantina,” kata Institut Antarabang­sa untuk Sistem Analisis Gunaan (IIASA) berpusat di Austria dalam satu kenyataan.

Masalah itu agak teruk terutama di utara India, kata

>>Paling terjejas adalah rantau miskin pertanian di luar bandar

penyelidik dengan negeri seperti Uttar Pradesh, Bihar, Rajasthan dan Madhya Pradesh, menyumbang dua pertiga daripada kematian berlebihan.

Paling terjejas adalah rantau miskin pertanian di luar bandar dengan tahap pendidikan rendah, ketumpatan tinggi populasi dan kadar kelahiran tinggi. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia