Harian Metro

‘Ayah datanglah’

- Agensi

 Meghan sedih bapa enggan hadir majlis perkahwina­nnya dengan Putera Harry

Tunang Putera Harry, Meghan Markle berdepan ‘saat getir peribadi’ susulan laporan bapanya tidak akan menghadiri majlis perkahwina­nnya hujung minggu ini, kata Istana Kensington kelmarin.

Menurut laporan laman berita selebriti TMZ, Thomas Markle, yang baru-baru ini bergambar untuk paparazzi, menarik diri daripada mengiringi anaknya di Istana Windsor kerana tidak mahu memalukan Meghan.

Bapa Meghan juga dilaporkan mengalami serangan jantung beberapa hari lalu.

“Situasi ini memberi kesan mendalam dari segi peribadi buat Meghan hanya beberapa hari menjelang majlis perkahwina­nnya.

“Dia dan Putera Harry sekali lagi meminta semua pihak memahami serta menghormat­i bapanya dalam situasi sukar ini,” kata Istana Kensington, kediaman rasmi pasangan itu dalam satu kenyataan.

Pihak istana enggan mengesahka­n jika bapa aktres itu akan menghadiri majlis perkahwina­n Sabtu ini.

Bapa pelakon dari Amerika Syarikat itu sebelum ini tidak mengendahk­an permintaan istana untuk kerahsiaan, sebaliknya melayan paparazzi mengambil gambarnya.

Imej itu menunjukka­nnya mengukur sut bagi majlis perkahwina­n berkenaan dan melihat gambar anaknya pada komputer, dijual dengan harga AS$100,000 (RM395,256.92), menurut akhbar tabloid, Daily Mirror.

Sementara itu, Daily Mail melaporkan Meghan tetap mengingink­an bapanya menghadiri majlis perkahwina­n itu.

Menurut rakannya, pasangan itu mempertaha­nkan Thomas dan meminta semua pihak memahami keadaannya yang ‘tidak begitu baik.’

“Ini bukan apa yang dimahukan Meghan. Dia mahu bapanya berada di situ.

“Dia dan Putera Harry merayu kepada orang ramai memberi peluang kepada bapa Meghan. Mereka mengulangi perkara ini sejak beberapa minggu lalu demi memberi sokongan dan bantuan.

“Jelas bapa Meghan tertekan dan sikap mengambil berat yang ditunjukka­nnya benar-benar jujur serta ikhlas,” katanya.

 ??  ?? THOMAS melihat gambar anaknya di komputer. - Agensi
THOMAS melihat gambar anaknya di komputer. - Agensi
 ??  ?? THOMAS ketika mengukur sut untuk majlis perkahwina­n anaknya. - Agensi
THOMAS ketika mengukur sut untuk majlis perkahwina­n anaknya. - Agensi
 ??  ?? PUTERA Harry dan Meghan.
PUTERA Harry dan Meghan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia