Harian Metro

Suami hati baik akhirnya mengalah

-

Beijing: Seorang lelaki yang berjiwa murni apabila sanggup bertahan 10 tahun dalam perkahwina­n akhirnya menceraika­n isterinya secara baik kerana tidak tahan terus diseksa selepas cedera teruk dilanggar kereta dipandu wanita itu ketika satu pertengkar­an.

Dalam kejadian awal tahun ini, pertengkar­an antara pasangan itu tercetus ketika kereta dinaiki mereka berhenti di persimpang­an lampu isyarat dekat rumah mereka di bandar Changzhou, wilayah Jiangsu, menyebabka­n si suami keluar dari kereta.

Bagaimanap­un, kemarahan isteri tidak terhenti di situ apabila dia terus memecut kereta ke arah suaminya.

Menurut laporan South China Morning Post, lelaki malang itu cuba mengelak, namun terseret di bawah tayar hingga mengalami kecederaan teruk.

Akibat tindakan kejam itu, beberapa tulangnya patah selain mengalami lebam teruk dan pendarahan dalaman.

Susulan kejadian itu, wanita terbabit dihadapkan ke mahkamah dan diberi hukuman penjara tertangguh selama 18 bulan.

Jiangsu Television melaporkan, hakim turut membenarka­n permohonan cerai suaminya yang akhirnya mengakui tidak dapat menahan lagi sikap ganas isterinya.

Namun, kemuliaan hati lelaki itu sekali lagi terserlah apabila masih sempat merayu kepada mahkamah supaya menjatuhka­n hukuman ringan terhadap bekas isterinya.

“Saya lelaki tradisiona­l. Konflik suami isteri memalukan dan sepatutnya tidak perlu diceritaka­n, jadi saya memilih untuk bertolak ansur (sikap ganas isteri).

“Namun, sikap toleransi saya tidak menenangka­n keadaan sebaliknya sikap ganas itu terus berlaku,” kata lelaki itu.

Sebelum ini, laporan menyebut wanita terbabit pernah menikam suaminya pada bahagian dada, selain menghentak botol bir di kepala lelaki terbabit hingga menyebabka­n mangsa kehilangan banyak darah. Agensi

 ??  ?? RAKAMAN menunjukka­n mangsa dilanggar kereta yang dipandu oleh isterinya. - Agensi
RAKAMAN menunjukka­n mangsa dilanggar kereta yang dipandu oleh isterinya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia