Harian Metro

Sekali masuk 2 ijazah

- Hamizah Badiran cnews@nstp.com.my

 IUMW tawar program gabungan pengajian Malaysia, United Kingdom

Ditubuhkan melalui kerjasama strategik antara Universiti Malaya (UM) dan Universiti Wales, United Kingdom (UK), The Internatio­nal University of Malaya-Wales (IUMW) menjadi antara universiti pertama di Malaysia menawarkan pakej pendidikan sebenar dengan gabungan kekuatan akademik Malaysia dan UK.

Dengan hanya satu kemasukan, penuntut IUMW boleh memperoleh dua ijazah dengan belajar di tiga universiti iaitu IUMW, Universiti Malaya dan Universiti Wales melalui program dwianugera­h.

Program itu membuka jalan buat penuntut menghabisk­an satu semester di Universiti Malaya dan Universiti Wales.

Penuntut dwi anugerah IUMW dari Bangladesh, Farhana Kanis Liouza berkata, pembelajar­an di Wales menjadi pengalaman paling hebat dalam hidupnya.

“Semua penuntut di universiti begitu mesra dan setiap kali saya memerlukan bantuan atau maklumat penting, mereka pasti membantu.

“Paling seronok apabila dapat merasai kegembiraa­n sambutan Welsh Christmas pada tahun lalu. Suasana perayaan itu begitu meriah dan terdapat banyak aktiviti yang boleh dipilih oleh penuntut,” katanya.

Muhammad Kaizen yang juga penuntut program dwianugera­h tahun lalu berkata, tenaga pengajar di sana hebat dan mereka memastikan setiap penuntut memahami apa yang diajar.

“Kelas dijalankan dalam gaya perbincang­an supaya kami dapat fokus dan memahami inti pati setiap mata pelajaran selain mereka turut menggalakk­an penuntut supaya bersuara atau bertanya tanpa rasa takut di dalam kelas,” katanya.

Penuntut Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan (Kepujian) dalam Perniagaan Antarabang­sa, Kam Chun Wui berkata, dia berpeluang melihat sisi dunia yang berbeza menerusi pengajian di IUMW.

“Berjauhan daripada keluarga dan rakan sepanjang pengajian di Wales menjadikan saya lebih berani dan berdikari.

“Saya juga lebih yakin ketika berkomunik­asi selepas banyak bergaul dengan penuntut di sana,” katanya.

Sementara itu, IUMW menawarkan biasiswa bernilai RM10 juta kepada penuntut yang layak.

Hubungi 03-26173131 atau layari www.iumw.edu.my dan kunjungi Hari Terbuka IUMW pada 18 hingga 20 Mei ini dari jam 10 pagi hingga 5 petang untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? PENUNTUT IUMW bergambar kenangan ketika menghabisk­an satu semester di University of Wales.
PENUNTUT IUMW bergambar kenangan ketika menghabisk­an satu semester di University of Wales.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia