Harian Metro

Semua program

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Bidang pengajian ditawarkan KLMUC setaraf IPTA

Mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) semua program pengajian ditawarkan Kuala Lumpur Metropolit­an University College (KLMUC) setaraf institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Pemangku Naib Canselor KLMUC, Profesor Madya Sharina Puteh berkata, KLMUC mematuhi program standard disaran MQA ke arah memastikan program dijalankan diiktiraf universiti tempatan dan luar negara.

“Dengan pengiktira­fan penuh MQA itu, graduan kami laris di pasaran pekerjaan khususnya di sektor awam.

“Lebih membanggak­an, graduan keluaran KLMUC juga diterima masuk ke IPTA termasuk universiti luar negara seperti United Kingdom (UK) dan Australia,” katanya.

Menurutnya, perkembang­an itu membuktika­n akademik di KLMUC berkualiti kerana mencapai standard yang ditetapkan MQA.

Sebagai institusi yang dimiliki Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) iaitu firma pengurusan dana ekuiti milik penuh kerajaan KLMUC menitikber­atkan kualiti pendidikan dalam semua program yang ditawarkan.

Pengarah Eksekutif Cosmopoint Sdn Bhd, Profesor Madya Mohamad Kamal Nawawi berkata, sejak pengambil alihan KLMUC daripada pengurusan lama pada 2012, pelbagai inisiatif dilakukan untuk memastikan kualiti penawaran program tidak dikompromi.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada 1991 dengan nama asalnya

Institut Teknologi Cosmopoint, KLMUC sudah melahirkan lebih 30,000 graduan dan lebih 80 peratus daripadany­a bekerja

 ??  ?? PENUNTUT pendidikan awal kanak-kanak dapat mempraktik­kan ilmu yang dipelajari ketika latihan praktikal.
PENUNTUT pendidikan awal kanak-kanak dapat mempraktik­kan ilmu yang dipelajari ketika latihan praktikal.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia