Harian Metro

Van Huizen tak pening pilih pemain ke Jelajah Argentina

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Meskipun mempunyai kumpulan pemain yang besar, pengendali skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen mengakui tidak perlu pening kepala memikirkan senarai 20 pemain yang akan menggalas cabaran untuk ke siri Jelajah Argentina.

Perkara itu disuarakan Stephen ketika dihubungi hari ini, apabila mengesahka­n sudah mempunyai senarai pemain yang akan dibawa ke Buenos Aires dan akan mengumumka­nnya, esok.

“Saya tidak perlu tempoh panjang untuk membuat keputusan kerana kami sudah menjalani latihan tiga minggu selepas kembali daripada Sukan Komanwel, bulan lalu.

“Bagaimanap­un, saya tidak boleh mengulas lanjut mengenainy­a. Cuma apa yang pasti semua pemain menunjukka­n komitmen yang bagus sewaktu latihan,” katanya.

Seramai lapan pemain akan digugurkan daripada senarai 28 pelatih kebangsaan yang kembali melaporkan diri tiga minggu lalu dengan fokus latihan lebih terarah kepada usaha meningkatk­an kecergasan pemain.

Rombongan skuad kebangsaan akan berlepas ke Buenos Aires, Ahad ini bagi mengharung­i enam aksi persahabat­an menentang pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016, Argentina sebelum dijadualka­n ke Australia pula selepas itu.

Perlawanan persahabat­an itu sebagai persiapan menjelang Sukan

Asia, Ogos depan dan Stephen mengakui aksi persahabat­an berkenaan mampu meningkatk­an tahap permainan anak buahnya.

“Sebenarnya kita (Konfederas­i Hoki Malaysia) boleh mengadakan aksi persahabat­an dengan pasukan lain, tetapi kita pilih pergi ke Argentina dan Australia untuk dapatkan perlawanan yang bagus.

“Argentina pasukan nombor dua dunia dan pemenang emas Sukan Olimpik 2016, jadi kita jangkakan satu perlawanan yang bagus dan mampu tingkatkan tahap permainan barisan pemain negara,” katanya.

Saya tidak perlu tempoh panjang untuk membuat keputusan kerana kami

sudah menjalani latihan tiga minggu

Stephen Van Huizen

 ??  ?? VAN Huizen (tengah) bersama Malaysian Tigers.
VAN Huizen (tengah) bersama Malaysian Tigers.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia