Harian Metro

Bangkit semula Naomi langkah kanan

- Reuters

 Wolff mahu Mercedes kekal momentum di Monaco

Kemenangan Grand Prix Sepanyol Ahad lalu mungkin menjadi titik kebangkita­n buat Lewis Hamilton dan pasukannya Mercedes tetapi pasukan juara itu tidak mahu terlalu berbangga dengannya.

Perlumbaan berikutnya di Monaco mungkin membawa nasib berbeza, situasi yang menyebabka­n ketua pasukan Toto Wolff amat bimbang.

“Saya perlu berhati-hati dengan ramalan,” kata Wolff malam kelmarin ketika Hamilton meraikan kemenangan keduanya berturut-turut dan yang ketiga di Sepanyol.

“Kami menyaksika­n persembaha­n yang tidak menentu dari satu litar ke litar yang lain, malah dari hari ke hari dan itulah pendekatan kami ketika ini.”

Ferrari, dengan Sebastian Vettel menerajui cabaran mereka menikmati keputusan satu-dua di Monaco tahun lalu, dan biarpun mereka tidak begitu yakin selepas tiga perlumbaan mereka mungkin mempunyai kelebihan kali ini.

“Mengapa kereta kami tidak begitu pantas di selekoh

(gambar)

di Monaco, kami masih belum pasti. Kami tahu apa yang silap tahun lalu,” kata Wolff yang mengakui litar di Barcelona sentiasa menyebelah­i Mercedes baik ketika perlumbaan mahu pun latihan.

“Biarpun saya teruja dengan kemenangan di Sepanyol, minda saya sudah berada di Monaco dan saya masih ingat keadaannya tidak begitu baik tahun lalu.”

Hamilton melepasi kelayakan di petak ke-14 dan menduduki tangga ketujuh dalam perlumbaan tahun lalu.

Kini 17 mata di depan Vettel selepas lima perlumbaan, dia mempunyai kelebihan selesa dan menunjukka­n bahawa dalam perlumbaan yang kurang memberangs­angkan musim ini, dia masih mampu merebut mata.

Situasinya juga jauh lebih selesa berbanding Vettel di mana pelumba Jerman yang juga juara dunia empat kali, gagal menduduki podium tiga kali berturut-turut. Rome: Bintang baru sensasi Jepun, Naomi Osaka

mara ke pusingan kedua Terbuka Itali awal pagi semalam hasil kemenangan 6-0, 6-3 ke atas bekas pemain nombor satu dunia Victoria Azarenka, pada hari di mana jagoan tempatan Roberta Vinci mengumumka­n persaraann­ya.

Naomi yang mempamerka­n aksi bertenaga untuk persiapan mencabar Terbuka Perancis bulan depan, menewaskan lawannya dari Belarus dalam tempoh satu jam 13 minit.

Pemain Jepun berusia 20 tahun itu tersingkir daripada Terbuka Madrid seawal pusingan pertama minggu lalu, namun membuktika­n penguasaan­nya di gelanggang tanah liat untuk membenam cabaran Victoria.

“Ia tidak semudah yang difikirkan orang lain,” kata

(gambar)

Naomi selepas perlawanan itu.

“Saya berpuas hati dapat menentang pemain sepertinya. Mendapat peluang untuk menentangn­ya sesuatu yang hebat dan saya fikir ia menyeronok­kan.”

Naomi selepas ini akan menentang pemain nombor satu dunia Simona Halep pada pusingan kedua.

Sementara itu, Roberta tewas 2-6 6-0 6-3 di tangan pemain Serbia Aleksandra Krunic dalam aksi penuh emosi di Court Pietrangel­i yang penuh penonton. Reuters

 ??  ?? WOLFF
WOLFF
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia