Harian Metro

Djokovic kembali yakin beraksi di Rome

-

Rome: Bekas pemain nombor satu dunia Novak Djokovic mengakui kembali yakin beraksi si gelanggang tanah liat di Rome selepas menyingkir­kan Alexandr Dolgopolov dengan straight set pada pusingan pertama.

Juara Grand Slam 12 kali itu yang menjuarai gelaran ATP terakhirny­a di Terbuka Kanada pada 2016, jatuh ke ranking 18 dunia, iaitu ranking terendahny­a dalam tempoh 12 tahun ketika bergelut dengan kecederaan siku.

Namun dia bermula baik untuk memburu gelaran Terbuka Itali kelima di Foro Italico, apabila hanya memerlukan 55 minit bagi menewaskan pemain Ukraine Dolgopolov pada pusingan pertama.

“Rome sentiasa menjadi tempat yang serasi dengan saya, saya menerima banyak

(gambar)

sokongan, bermain dengan baik dan mendapatka­n keputusan luar biasa,” kata Djokovic.

“Perlawanan hari ini (semalam) memberi galakan kepada saya dan memberi sebab untuk saya percaya minggu ini bakal memberi tuah kepada saya.

“Tentu sekali saya mahu bermain bermati-matian tetapi pada masa sama, melihat kepada keputusan, saya perlu lebih bersederha­na dengan apa yang saya harapkan dan lihat ke mana haluannya selepas ini.”

Pilihan ke-11 dari Serbia itu menyertai lapan daripada 10 final terakhir di Rome, termasuk pada dua tahun terakhir dan menjuarai empat gelaran, kali terakhir pada 2015.

Dia akan menentang sama ada Nikoloz Basilashvi­li atau Filippo Baldi, kedua-duanya pemain kelayakan sebelum berkemungk­inan mara ke pusingan ketiga menentang pilihan kelapan daripada Amerika Syarikat John Isner.

Pemain berusia 30 tahun itu berkata fokusnya adalah untuk Terbuka Perancis di mana kali terakhir menjuarai Grand Slam pada 2016.

“Terbuka Perancis adalah di mana saya mahu mempamerka­n aksi terbaik. Ini adalah matlamat utama pada ketika ini,” kata Djokovic.AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia