Harian Metro

Cuper tagih Salah teruskan kecemerlan­gan di Piala Dunia

-

Jurulatih Mesir, Hector Cuper berharap bintang serangan Mohamed Salah

boleh menterjema­hkan persembaha­n cemerlangn­ya bersama Liverpool musim ini ke dalam pasukan kebangsaan bagi Piala Dunia di Russia.

Salah, pemain terbaik tahunan Liga Perdana dan Afrika, muncul wira kebangsaan apabila dia memainkan peranan penting membantu Mesir layak ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun.

“Kami harap dia boleh mengeksplo­itasi perkembang­an dilakukann­ya sebagai penyerang di Liverpool,” kata

Cuper kelmarin.

Ahad lalu,

Salah mencatat

(gambar)

rekod baru jaringan semusim Liga Perdana selepas meledak gol ke-32 musim ini bersama Liverpool, mengatasi rekod lama 31 gol yang dikongsi bersama Alan Shearer, Cristiano Ronaldo dan Luis Suarez.

Cuper, pengendali dari Argentina bagaimanap­un enggan membuat sebarang ramalan Piala Dunia terhadap skuad bergelar ‘The Pharaoh’ itu.

Pertanding­an pastinya “sukar”, katanya mengenai lawan Mesir dalam Kumpulan A, Russia, Uruguay dan Arab Saudi.

“Tapi kami menaruh harapan,” ujarnya. “Kami optimis.”

Mesir akan menentang Kuwait di tempat lawan pada 25 Mei ini, berdepan Colombia di Itali pada 1 Jun dan kemudian berkunjung ke Belgium pada 6 Jun bagi tiga aksi persahabat­an pemanas badan Piala Dunia sebelum berlepas ke Russia.

Mesir tewas kepada Portugal (1-2) dan Greece (0-1) dalam dua aksi persahabat­an terakhir mereka. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia