Harian Metro

100,000 sambut City

- AFP

 The Citizens berarak rai kemenangan bersama penyokong selepas juarai Liga Perdana Inggeris

Kira-kira 100,000 penyokong Manchester City membanjiri jalan sekitar bandar berkenaan untuk meraikan pasukan mereka yang berarak dengan trofi Liga Perdana Inggeris semalam.

Skuad juara dan jurulatihn­ya Pep Guardiola dibawa dengan bas tanpa bumbung untuk meraikan musim bersejarah yang dipenuhi pelbagai pencapaian luar biasa.

Hanya penjaring terbanyak iaitu pemain Argentina Sergio Aguero yang menjalani rawatan di negaranya akibat kecederaan lutut sebagai persiapan ke Piala Dunia dan penyerang Sepanyol David Silva yang bersama anak kecilnya di Sepanyol tidak menyertain­ya.

City menjuarai gelaran itu dengan bergaya, menjadi kelab Inggeris pertama mencatat 100 mata, merekodkan jaringan terbanyak iaitu 106 gol dan menewaskan pasukan tetangga mereka Manchester United di tangga kedua dengan kelebihan 19 mata.

Pemain Belgium Kevin de Bruyne yang tampil pemain City paling cemerlang sepanjang kempen ini, terharu dengan semangat ditunjukka­n peminat yang mengibar bendera.

“Melihat orang ramai menyertai kami dalam suasana meriah adalah sesuatu yang menakjubka­n,” katanya.

“Musim ini sungguh luar biasa dan menamatkan­nya semalam pada saat akhir untuk memastikan 100 mata milik kami sesuatu yang luar biasa.

“Apa saja yang anda menangi memang istimewa tetapi inilah detik kemuncak atas apa yang anda usahakan,” kata pemain berusia 26 tahun.

Pengurus Guardiola berkata, ini bukan masanya untuk memandang ke hadapan sama ada mereka mampu memperbaik­i pencapaian mereka musim depan.

“Ini adalah masanya untuk menikmati apa yang kami lakukan musim ini,” kata Guardiola.

 ??  ?? PEMAIN City diarak dengan bas dan diraikan penyokong setia.
PEMAIN City diarak dengan bas dan diraikan penyokong setia.
 ??  ?? PEMAIN Manchester City, Vincent Kompany (tengah) menjulang trofi Liga Perdana Inggeris bersama rakan sepasukan.
PEMAIN Manchester City, Vincent Kompany (tengah) menjulang trofi Liga Perdana Inggeris bersama rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia