Harian Metro

FELCRA idam kekal prestasi

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kejayaan mengekalka­n rekod bersih tanpa kekalahan sepanjang pusingan pertama saingan Liga Perdana perlu diteruskan barisan pemain FELCRA FC apabila aksi pusingan kedua bermula pada Isnin depan.

Selepas konsisten meraih empat kemenangan dan enam seri dalam 10 aksi setakat ini, menyaksika­n skuad The Rivals itu berjaya mengumpul 18 mata untuk berada di kedudukan kedua carta liga di belakang FELDA United di tangga pertama dengan 26 mata.

Penolong jurulatih FELCRA FC, Rosle Md Derus berkata, para pemain diingat agar tidak leka dan cepat berpuas hati dengan pencapaian pasukan ketika ini.

Sebaliknya, beliau mahu momentum itu dikekalkan hingga penghujung musim bagi memastikan tiket ke saingan Liga Super musim depan menjadi kenyataan.

“Pada asalnya, sasaran kita hanyalah untuk berada di lima kelompok terbaik liga musim ini. Namun dengan keadaan semasa dengan kita masih tidak mengalami kekalahan dan di tangga kedua, kita harap dapat mara ke Liga Super tahun depan,” katanya ketika ditemui di Stadium Universiti Malaya, kelmarin.

“Berdasarka­n persembaha­n pasukan, saya anggap peluang untuk naik ke Liga Super agak baik. Cuma pemain kena berusaha lebih lagi dan jangan cepat berpuas hati.

“Perjalanan liga masih jauh dan saya percaya sebaik pusingan kedua bermula, cabaran lebih getir akan kita hadapi kerana pasukan lawan sudah tahu akan kelebihan dan kelemahan kita,” ujarnya yang juga bekas anggota skuad Piala Dunia Remaja 1997 dan Olimpik 2000 di bawah kendalian Hateem Souossi.

Mengulas mengenai sebarang perubahan pada tingkap perpindaha­n kedua yang sudah dibuka 7 Mei lalu hingga 3 Jun depan, beliau membayangk­an kemungkina­n tiada pertukaran pemain yang berlaku.

“Barisan kejurulati­han sentiasa berbincang dan apa yang saya lihat, ketua jurulatih (Tarcisio Pugliese) seperti tidak bercadang untuk membawa masuk pemain import atau tempatan yang baru. InsyaAllah kita akan kekalkan dengan apa ada,” katanya.

 ??  ?? FELCRA kekal tanpa
kalah sepanjang pusingan pertama liga.
FELCRA kekal tanpa kalah sepanjang pusingan pertama liga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia