Harian Metro

Sawa telan 9 ayam

-

Bintangor: Misteri kehilangan ayam ternakan penduduk di Jalan Abang Ali, di sini, terjawab dengan tertangkap­nya ular sawa sepanjang tiga meter, pagi semalam.

Reptilia itu ditangkap sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas menerima panggilan daripada pemilik ayam berkenaan, Penah Ili, 60, pada jam 9.13 pagi.

Penah berkata, sebelum ditangkap, ular sawa berkenaan sempat menelan sembilan ayam peliharaan­nya menyebabka­nnya tidak mampu keluar dari reban.

Kehilangan ayam itu hanya disedariny­a ketika memberi haiwan peliharaan itu makan.

“Ayam itu pemberian saudara mara dan saya memelihara­nya sejak dua minggu lalu. Sudah menjadi kebiasaan, setiap pagi saya memberi mereka makan, namun pagi tadi (semalam) saya agak pelik kerana tidak ada pergerakan dan bunyi ayam di dalam reban itu.

“Sebaik saja menghampir­i reban, saya melihat sesuatu yang berbintik dan mendapati ular sawa di dalamnya,” katanya.

Penah berkata, dia bergegas memberitah­u jiran sebelum menghubung­i anggota bomba untuk mendapatka­n bantuan.

Katanya, reptilia tidak bertindak agresif kerana kekenyanga­n selepas membaham semua ayamnya.

“Malah ketika ditangkap, haiwan ini tidak melawan dan sempat memuntahka­n seekor ayam yang dimakannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

“Kami menangkap reptilia itu dengan menggunaka­n penjerut dalam tempoh beberapa minit sebelum melepaskan­nya ke habitat asal,” katanya.

 ??  ?? ULAR sawa baham ayam dalam reban.
ULAR sawa baham ayam dalam reban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia