Harian Metro

Zakat masih RM7

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

 MUIS tetap kadar zakat fitrah Sabah, tidak berubah sejak 7 tahun

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menetapkan kadar zakat fitrah di Sabah kekal RM7 tahun ini dan kadar itu tidak berubah sejak tujuh tahun lalu.

Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, kadar itu ditetapkan bagi seseorang individu atau bersamaan nilai 2.7 kilogram beras yang dimakan majoriti rakyat negeri itu.

“Pusat Zakat Sabah (PZS) juga sudah melantik 2,000 wakil amil dan 37 penyelaras wakil amil bagi menyelaras serta memungut zakat fitrah sepanjang Ramadan tahun ini.

“Semua wakil amil ini dibekalkan dengan kad kuasa bagi mengelakka­n masyarakat Islam mengeluark­an fitrah kepada orang tidak bertanggun­gjawab dan bukan menerima pentauliah­an,” katanya ketika sidang media selepas majlis Pengisytih­aran Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah 2018 di sini, semalam.

Bungsu berkata, PZS mengutip zakat kira-kira RM88.3 juta termasuk zakat fitrah dan harta tahun lalu dengan pembayar zakat fitrah 1,336,608 orang iaitu menunjukka­n peningkata­n 27,548 pembayar berbanding 1,309,060 orang pada 2016.

Sementara itu, Aziz berkata, pihaknya menjangkak­an dapat mengutip sebanyak RM9.6 juta pungutan zakat fitrah pada Ramadan ini, selain RM62.2 juta zakat harta sepanjang tahun ini.

“Kita juga memperuntu­kkan RM9.4 juta bagi agihan kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf bertujuan persediaan mereka untuk menyambut Syawal.

“Selain itu, RM1.2 juta diberikan kepada amil fitrah sebagai upah kerana bertugas memungut serta mengagihka­n zakat fitrah sepanjang Ramadan nanti,” katanya.

 ??  ?? BUNGSU (dua dari kanan) menyampaik­an replika cek kepada penerima anugerah wakil amil Fitrah Cemerlang, Gaspar Sari (kiri), semalam.
BUNGSU (dua dari kanan) menyampaik­an replika cek kepada penerima anugerah wakil amil Fitrah Cemerlang, Gaspar Sari (kiri), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia