Harian Metro

KJ kesal tidak berterus terang UMNO ditolak

 Ketua Pemuda UMNO kesal tidak berterus terang ada masalah

- Nur Lela Zulkipli nurlela@news.nstp.com

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar kesal kerana tidak berterus terang dengan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak berhubung akar umbi yang menolak parti itu, selepas bekas Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ‘dikeluarka­n’ daripada parti.

“Tidak ada sesiapa, selepas Muhyiddin dikeluarka­n, selepas Shafie dikeluarka­n...Tiada siapa yang mahu mengakui ada masalah. Itu kesilapan besar di pihak kami.

“Adakah isyarat? Ya, ada isyarat yang jelas tetapi kami tidak sedar akan isyarat itu,” katanya yang dipetik oleh Channel News Asia.

Katanya, perkara itu tidak seharusnya berlaku lagi yang mana UMNO tidak boleh dibiarkan terus terpisah dengan realiti dan tidak menyoal soalan yang sukar.

“Jika kami meneruskan pemikiran feudal untuk melindungi pemimpin daripada kebenaran, UMNO akan pupus,” katanya.

Muhyiddin dan Shafie digugurkan daripada barisan Kabinet Najib selepas dengan lantang mengkritik secara terbuka mengenai skandal 1MDB.

Muhyiddin kemudian membuat kemunculan semula dengan menjadi Presiden BERSATU iaitu komponen Pakatan Harapan (PH) manakala Shafie pula menerajui Parti Warisan Sabah.

PH hari ini membentuk Kerajaan Persekutua­n dengan Muhyiddin menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri sementara Shafie adalah Ketua Menteri Sabah.

Kerajaan Persekutua­n baru diterajui Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada masa sama, Tun Dr Mahathir membuka semula siasatan ke atas 1MDB manakala Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dihalang daripada meninggalk­an negara ini.

Beberapa pegawai kanan kerajaan lain di bawah pentadbira­n sebelum ini juga dipindahka­n atau diarahkan bercuti selain dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara.

Pada masa sama, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan daripada penjara hari ini dan Khairy Jamaluddin mengakui bahawa BN sebagai pembangkan­g perlu bersiap berdepan kedua-dua pemimpin berkenaan.

“Kami perlu bersedia, kami menentang dua gergasi, dua nama besar di dunia politik. Kami perlu memastikan bahawa kami sudah siap sedia.

“Rakyat Malaysia memilih dua gergasi untuk memimpin kami, cabaran kami adalah untuk memastikan kami dapat memainkan peranan sebagai pembangkan­g.

“Saya ibarat semua menentang dua gergasi itu dan saya perlu memastikan saya dapat berfikir dengan pantas dan bergerak dengan cepat dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Adakah isyarat? Ya, ada isyarat yang jelas tetapi kita tidak sedar akan isyarat itu

Khairy Jamaluddin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia