Harian Metro

Datuk F perdaya mangsa beli 20 bitcoin RM50,000

-

Kuala Lumpur: Diperdaya lelaki bergelar Datuk F yang mendakwa mahir dalam selok belok pelaburan mata wang digital dengan janji pulangan luar biasa.

Itu nasib ramai ahli perniagaan yang terpedaya dengan kepetahan suspek menerangka­n pakej pelaburan dan kaedah pemberian dividen yang dijanjikan kepada mangsa.

Mangsa yang juga ahli perniagaan dikenali sebagai Samsul, 42, berkata, dia kerugian RM50,000 selepas menyertai pelaburan diperkenal­kan Datuk F.

Menurutnya, dia berkenalan dengan Datuk F pada Julai 2016 selepas diperkenal­kan rakannya yang menyertai pelaburan matawang digital milik suspek.

Katanya, dia tertarik menyertai pelaburan itu selepas suspek menunjukka­n rakaman video berkaitan testimoni positif orang ramai yang memperoleh keuntungan hasil pelaburan itu.

“Ketika itu, masih baru dalam pasaran dan saya kurang arif mengenainy­a sebelum diberi penerangan terperinci oleh suspek.

“Pada mulanya saya membeli 10 bernilai RM2,500 setiap satu. Saya dijanjikan dividen RM3,000 sebulan atas jumlah pelaburan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian ditawarkan pakej istimewa dengan dividen lebih tinggi iaitu 1.5 peratus berbanding tawaran asal iaitu satu peratus sehari pada Ogos 2016.

“Tawaran itu menyebabka­n saya membeli 10 lagi

berjumlah RM25,000,” katanya semalam.

Bagaimanap­un dia mula curiga apabila gagal memperoleh keuntungan dijanjikan sebelum suspek memberi alasan kononnya ia berpunca daripada penukaran

kepada mata wang digital lain dikenali sebagai

“Lelaki itu kemudian gagal dihubungi sejak Jun tahun lalu selepas saya gagal memperoleh keuntungan dijanjikan,” katanya.

Seorang lagi ahli perniagaan yang mahu dikenali sebagai Meg, 40, berkata, dia rugi RM25,000 selepas menyertai pelaburan mata wang digital sama.

“Saya mengenali lelaki itu sejak tiga tahun lalu melalui rakannya yang memperkena­lkan pelaburan yang mampu meraih keuntungan tinggi dalam masa singkat melalui pembelian

“Selepas membeli saya tidak pernah menerima sebarang dividen dijanjikan,” katanya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia