Harian Metro

Reed janji beri saingan

-

Washington: Berbekalka­n gaya dan keberanian tersendiri, juara Masters Patrick Reed berjanji memberikan sesuatu yang istimewa dalam saingan Piala Ryder September ini sekali gus kemenangan pertama Amerika Syarikat di Eropah sejak 1993.

Pemain golf Texas berusia 27 tahun dengan jolokan ‘Captain America’ mampu menutup mulut penyokong Eropah pada aksi sulungnya di Scotland pada 2014.

Dia turut melambai tangan di depan penyokong AS dua tahun lalu sewaktu menewaskan Rory McIlroy dalam acara individu sewaktu

(gambar)

mereka muncul juara di AS.

“Ia satu penghormat­an. Apabila anda beraksi untuk Piala Ryder, anda bermain untuk negara,” kata Reed.

“Anda memiliki rakan sepasukan. Mereka memberi anda kekuatan luar biasa.”

Kejohanan itu banyak menyerlahk­an kemampuan Reed yang memimpin skuad AS dengan 3.5 mata dalam setiap penampilan­nya di Piala Ryder.

Biarpun senarai akhir hanya akan dikeluarka­n pada September, sukar untuk membayangk­an Piala Ryder tanpa aksi bersemanga­t Reed.

Reed mengakui bahawa Piala Ryder dan acara golf Sukan Olimpik Paris 2024, kedua-duanya diadakan di lapangan Le Golf National, kini menjadi sasarannya.

“Ya, sudah pasti ia berada dalam fikiran saya,” kata Reed.

“Perkara paling mudah untuk pasukan adalah fokus terhadap apa yang anda lakukan sekarang. Jika anda bersiap sedia bagaimana anda bermain setiap minggu dan bermain seperti mana sepatutnya, baik 2020 atau 2024, anda akan berada di sana. Anda akan menyertai pasukan itu.” - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia