Harian Metro

‘Siasat kerja polis’

- Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

 PM tidak diberitahu serbuan di kediaman Najib, percaya polis ada alasan kukuh

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau tidak dimaklumka­n mengenai serbuan dilakukan polis di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Perdana Menteri berkata, serbuan itu dipercayai dilakukan selepas polis mempunyai alasan kukuh untuk menyiasat kediaman Najib di Taman Duta dan di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur, dekat sini.

“Saya pun tak dapat maklumat (mengenai serbuan). Itu kerja polis.

“Saya percaya serbuan dilakukan kerana polis mempunyai cukup alasan untuk melaksanak­annya.

“Kita beri tugas kepada polis untuk menyiasat semua kes jenayah tanpa mengira siapa terbabit dan terpulang pada mereka yang menjalanka­n penyiasata­n (untuk bertindak),” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, semalam.

Beliau mengulas serbuan polis di kediaman Najib dengan lebih 15 kenderaan dan trak polis masuk ke pekarangan rumah bekas Perdana Menteri itu di Taman Duta sekitar jam 10.15 malam semalam. Puluhan anggota dan beberapa pegawai kanan Bukit Aman turut kelihatan di kediaman peribadi Najib di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitah­u pemberita awal pagi semalam, beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman itu.

 ??  ?? ANGGOTA polis berkumpul di hadapan kediaman Najib di Jalan Langgak Duta.
ANGGOTA polis berkumpul di hadapan kediaman Najib di Jalan Langgak Duta.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia