Harian Metro

Ungguli lima kategori

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) sekali lagi membuktika­n keunggulan­nya sebagai peneraju industri penyiaran apabila memenangi lima anugerah utama di The World Media Festival 2018 yang berlangsun­g di Hamburg, Jerman.

Jika tahun lalu MPTN memenangi beberapa kategori utama, kali ini MPTN meneruskan kecemerlan­gannya apabila berjaya meraih tiga anugerah emas dan dua perak di The World Media Festival 2018.

Anugerah yang dimenangi termasukla­h Intermedia-globe Gold untuk tiga kategori iaitu Dokumentar­i: Station Image Promotion untuk program GO GO Wonderful, Promosi Jualan: Pengurusan Acara (Golden Awards ntv7) dan Web: Pengurusan Acara & Webcasts Secara Langsung (Piala Malaysia 2017).

Tidak ketinggala­n, anugerah Intermedia-globe Silver untuk kategori Berita: Station Image Promotion menerusi ABPBH 2017 dan Dokumentar­i: Station/Network I D (Karnival Jom Heboh 2017).

Ketua Pengarah Kreatif, Jabatan Perkhidmat­an Kreatif MPTN, Douglas Khoo mewakili MPTN menerima trofi berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi MPTN, Johan Ishak, pencapaian itu semestinya sangat membanggak­an.

“Kami amat berbangga dengan anugerah ini kerana ia pengiktira­fan terhadap kebolehan Media Prima menyediaka­n kandungan yang berkualiti dan menepati piawaian antarabang­sa.

“Pastinya, ia menjadi pemangkin untuk terus berdaya saing dan berusaha memberikan yang terbaik bagi setiap program yang kami terbitkan.”

“Sebagai penyiar utama di Malaysia, kelebihan kami terletak pada warga kerja yang mampu memberi perkhidmat­an dan kualiti kerja yang terbaik kepada para pengiklan. Dengan kekuatan kami menerusi platform media tradisiona­l dan penguasaan

 MPTN raih tiga anugerah emas, dua perak di The World Media Festival 2018

digital yang sedang giat dijalankan ini mesej pelanggan akan dapat disebarkan dengan lebih menyeluruh.

“Pelanggan kami juga dapat menikmati kelebihan menerusi kepakaran barisan tenaga kerja kami yang sangat komited dalam melaksanak­an sesebuah kempen dan menyampaik­an mesej berkesan kepada pengguna,” katanya.

The World Media Festival adalah acara pengiktira­fan bagi pengamal media di peringkat global dan menjadi satu daripada acara paling berprestij dalam dunia komunikasi media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia