Harian Metro

Yakin ke syurga bersama

 Ikut taktik Asia Barat perguna wanita, budak serang gereja, balai polis

- Agensi

Taktik dua sekeluarga yang melakukan serangan bom terhadap gereja dan balai polis di Surabaya minggu ini, dipengaruh­i taktik di Asia Barat yang menggunaka­n kanak-kanak dan wanita bagi melakukan serangan.

Reuters melaporkan, jurucakap agensi perisikan Indonesia, Wawan Purwanto, berkata, pihaknya percaya keluarga terbabit terpengaru­h dengan keyakinan seluruh keluarga akan masuk syurga dengan bersama-sama melakukan serangan.

Menurut polis, ibu bapa kedua-dua keluarga itu ‘mendidik’ anak mereka dengan doktrin syahid dan setiap Ahad menyertai solat Maghrib dan Isyak bersama orang dewasa.

“Pada hari serangan terhadap gereja (Ahad lalu), si bapa bersama dua anak lelakinya bersolat jemaah Subuh di masjid dan selepas itu pulang ke rumah.

“Mereka keluar kira-kira jam 7 pagi, tidak diketahui ke mana. Rupa-rupanya mereka ke gereja terbabit,” kata jiran keluarga itu, Trikusuma.

Menurut laporan media Indonesia, ketua keluarga itu, Dita Oepriarto yang mengajak keluarga melakukan serangan bom terhadap tiga gereja di Surabaya, membahagik­an tugas kepada isteri dan anak-anaknya untuk meletupkan bom dalam selang 30 minit.

Dita yang memandu Toyota Avanva, menyerang Gereja Pantekosta Pusat Surabaya di Jalan Arjuno manakala isterinya, Puji Kuswati berserta dua anak perempuan mereka, Fadilah Sari dan Pamela Riskika, meletupkan bom dan diri mereka di Gereja Kristen Indonesia, Jalan Diponegoro.

Dua anak lelaki, Yusuf Fadil dan Firman Halim, meletupkan bom dan diri mereka di Gereja Santa Maria Tak Bercela, Jalan Ngagel Madya.

Sementara itu, menurut Reuters, menurut jiran keluarga itu, si isteri, Puji Kuswati, sering berbual dengan mereka mengenai persekolah­an anak dan bertukar-tukar resipi.

“Isteri saya sering berbual dengan wanita itu, mengenai persekolah­an, resipi. Mereka juga sering kelihatan di pasar,” kata jiran sebelah rumah keluarga itu, Wery Trikusuma.

Menurutnya, keluarga itu ramah dan suka menderma, seperti untuk membina jalan.

Sehari kemudian, sekeluarga lima orang menyerang balai polis namun anak perempuan berusia lapan tahun terselamat.

Dalam satu lagi kejadian, bom meletup dalam apartmen pembuat bom di pinggir Surabaya menyebabka­n tiga anggota keluarga itu maut, manakala tiga kanak-kanak selamat.

Polis kemudian menembak mati empat orang yang mempunyai kaitan dengan serangan itu.

Keseluruha­nnya, 30 terbunuh sejak serangan Ahad lalu, termasuk 13 penyerang.

 ??  ?? ANTARA gereja yang diserang Ahad lalu. Gambar kanan, keluarga yang melakukan serangan bom terhadap gereja di Surabaya Ahad lalu. - Agensi
ANTARA gereja yang diserang Ahad lalu. Gambar kanan, keluarga yang melakukan serangan bom terhadap gereja di Surabaya Ahad lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia