Harian Metro

IKUT PROSES

- Nadia Hamid cnews@nstp.com.my

 Anwar mahu penyokong tegak

keadilan ikut undang-undang

Anwar ingatkan penyokong PH tidak jadikan kemenangan PRU14 sebagai proses

balas dendam

Sebarang proses pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak berkaitan isu 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) perlu mengikut proses dan lunas undang-undang.

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, orang ramai tidak boleh menjatuhka­n hukuman sehingga mahkamah membuktika­n bekas

Perdana Menteri itu benar-benar dibuktikan bersalah.

“Orang kata Najib bersalah, tapi kita kena ikut proses. Saya beritahu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan dia kata, pergi cari dokumen...

“Saya setuju, tetapi kena ikut proses. (Perasaan) marah kita, benci kita, jangan menyebabka­n kita tinggalkan landasan hukum.

“Negara ini ada hukum dan kita berjuang untuk tegakkan hukum, bukan hukum rimba

(law of jungle). Walaupun kita percaya ada cukup alasan untuk mendakwa Najib, tetapi kita mesti ikut proses, (ada) prima facie yang cukup kuat sebelum dakwa,” katanya.

Beliau berucap ketika Majlis Iftar Anwar Ibrahim bersama 500 penyokong di kediamanny­a di Bukit Segambut, malam semalam yang disiarkan portal MediaRakya­t, di saluran Youtube.

Mengulas lanjut, Anwar mengingatk­an penyokong PH untuk tidak menjadikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai proses membalas dendam kepada musuh.

Katanya, rakyat diingatkan untuk tidak menzalimi orang lain, tetapi bersyukur dengan kemenangan itu bagi menegakkan keadilan.

“Jangan kemenangan kita itu menghilang­kan rasa syukur kepada Allah. Kalau kita syukur kita kena ikut perintah Allah. Jangan kita kata syukur kepada Allah, kita bantai dia (Najib), terus suruh tangkap. Itu namanya dendam.

“Bukan mudah untuk kita bawa perubahan. Apa yang penting adalah kita tegakkan undang-undang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia