Harian Metro

‘AKU RUGI RM40,000’

- Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

Pembantu rumah larikan wang tunai, perabot mewah milik Aliff Syukri

“Niat saya mahu membantu dia mencari kerja akhirnya dia pula mencuri daripada saya, semua perabot saya habis diambilnya, itu yang saya tahu, mungkin ada lagi barang yang diambilnya,” kata pengasas produk kosmetik D’Herbs, Datuk Seri

Aliff Syukri Kamarzaman selepas mendapati pembantu rumahnya adalah dalang yang melarikan wang tunai dan perabot mewah bernilai hampir RM40,000 dari kediamanny­a, Rabu lalu.

Aliff Shukri, 30, mendakwa perbuatan itu dilakukan wanita warga tempatan berusia lewat 50-an yang diambil bekerja bulan lalu.

Perkara itu dimaklumka­n menerusi dua video dan tiga gambar yang dimuat naik di akaun Instagram peribadi milik jutawan kosmetik berkenaan.

Aliff Shukri berkata, bagaimanap­un dia menemui semula perabot yang hilang itu selepas berjaya menjejaki wanita berkenaan dipercayai tinggal di sebuah rumah banglo di Shah Alam, Selangor.

“Bukan niat saya untuk memalukan pembantu terbabit atau untuk ditularkan perkara ini, tetapi saya sudah banyak kali meminta kepadanya supaya memulangka­n semula barang saya tapi tidak dibalas, sebelum dia lari baik saya bawa dia terus ke balai polis. “Wanita itu datang meminta kerja sebagai pembantu rumah dengan saya bulan lalu, dia warga tempatan, saya nampak dia macam orang yang baik dan saya kasihan sebab dia sudah tua, saya minta dia jaga telefon bagi urusan pembelian produk saya.

“Saya dapat tahu dia juga menipu pelanggan saya, bila ada pelanggan yang mahu bayar, dia suruh masukkan duit dalam akaun dia, saya juga mengesyaki dia mempunyai rakan subahat mungkin dengan pekerja saya yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan.

 ??  ?? ALIFF Syukri di kediaman terbarunya Palace Aliff Syukri, Kota Damansara yang perabotnya dicuri.
ALIFF Syukri di kediaman terbarunya Palace Aliff Syukri, Kota Damansara yang perabotnya dicuri.
 ??  ?? MOHD Zani
MOHD Zani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia