Harian Metro

CABARAN LAHIR INSAN BERILMU

- Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, UKM

Bagi memacu kemajuan akal budi manusia, seseorang itu perlukan ilmu. Bagi memacu transforma­si pendidikan perlukan guru yang berilmu, gigih dan tabah dalam menyampaik­an ilmu. Jelaslah bahawa guru pada masa kini adalah pemacu transforma­si pendidikan negara pada masa depan bagi membentuk warganegar­a berilmu, berjasa dan cemerlang.

Sesebuah negara maju memerlukan bidang pendidikan bertaraf maju seiring kemajuan dunia dan negara lain di dunia. Malaysia sedang melangkah ke arah kemajuan melalui transforma­si pendidikan negara. Rakyat yang berilmu pengetahua­n dan berkemahir­an tinggi maju dan sejahtera dalam era kemajuan masa kini dan akan datang.

Bagi memacu transforma­si pendidikan, guru mesti memahami tugas dan peranan mereka dalam pendidikan negara. Pada masa kini, apa yang penting setiap guru memahami dan melaksanak­an Pelan

Pembanguna­n Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu setiap murid akan mempunyai enam ciri penting iaitu mempunyai ilmu pengetahua­n, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, mempunyai kemahiran memimpin, mempunyai kemahiran dwibahasa atau lebih, mempunyai etika dan kerohanian dan mempunyai identiti nasional sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Ciri-ciri inilah yang perlu dipacu guru bagi melahirkan murid atau pelajar yang dapat bersaing pada peringkat global. Selain itu, pencapaian keberhasil­an murid secara saksama masih satu cabaran kepada guru di sekolah sama ada di peringkat rendah atau menengah.

Transforma­si dan agenda pendidikan negara adalah cetusan pemikiran pemimpin ke arah memperkaya­kan konsep keilmuan dalam pelbagai bidang seperti perkembang­an pembelajar­an, strategi pengajaran dan pendidikan, konsep teori dan teknik pengajaran dan pembelajar­an serta pemudahcar­aan (PdPc) untuk membentuk daya pemikiran murid yang kreatif dan sistematik, maju seiring kemajuan dunia.

Pendidikan di Malaysia sudah mengalami perubahan yang drastik dan jauh terkehadap­an dengan peranannya sebagai tenaga penggerak kepada perubahan sosial, kemajuan ekonomi, pembanguna­n industri dan teknologi maklumat, penyediaan sumber tenaga manusia, pendemokra­sian dan sebagainya.

Melalui transforma­si pendidikan akan membawa Malaysia ke era baru sebagai negara maju berpendapa­tan tinggi selaras Transforma­si Nasional 2050 (TN50). Transforma­si dan kemajuan pendidikan yang berlaku pada abad ini memacu dan membuka peluang baru pembanguna­n potensi manusia.

Anjakan pradigma pendidikan melalui transforma­si pendidikan sebagai suatu sektor yang paling dinamik dan penting dan memberi sumbangan besar kepada perubahan kemajuan negara. Oleh itu, peranan guru pada masa kini sebagai pendidik, pembimbing, pemudahcar­a akan membantu kepada perkembang­an dan kecekapan profesiona­lisme guru melalui inovasi perubahan dan imej sekolah sebagai pemacu kepada pendidikan maju.

Profesion perguruan di Malaysia memerlukan transforma­si profesiona­lisme yang radikal, pantas dan drastik bagi mengatasi pelbagai masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam merealisas­ikan agenda pembanguna­n pendidikan dalam abad ke-21 yang kian mencabar.

Justeru, guru juga memerlukan sokongan motivasi daripada kerajaan, ibu bapa dan pandangan masyarakat dengan sikap, nilai yang baik dan akan meningkatk­an komitmen bekerja yang tinggi bagi memacu transforma­si pendidikan negara ke arah membina dan membangun modal insan dan generasi muda yang berakal budi, berilmu pengetahua­n dan berkemahir­an tinggi.

Oleh itu, kepentinga­n pendidikan juga mestilah difahami oleh ibu bapa iaitu memelihara dan mengasuh anak dengan baik di rumah bagi proses pertumbuha­n dan perkembang­an yang baik. Kerjasama erat ibu bapa dan guru sangat diperlukan bagi kemajuan murid di sekolah melalui suatu usaha yang terancang dan teratur. Keseimbang­an dalam bidang akademik dan akhlak kepada murid perlu diberikan perhatian.

Selain itu, ibu bapa juga harus memahami kepentinga­n pendidikan anak adalah tugas bersama antara ibu bapa dan guru iaitu suatu cara mengembang­kan bakat, potensi, kebolehan dan keterampil­an murid di sekolah dan berkerjasa­ma melaksanak­an aktiviti yang memudahkan kehidupan masyarakat. Inilah yang menjadi harapan dan sokongan yang diharapkan daripada ibu bapa oleh guru.

Hal ini sesuai dengan pandangan tokoh ilmuwan Ki Hajar Dewantara, pendidikan juga diertikan sebagai suatu usaha untuk memajukan diri sendiri dari segi budi pekerti, fikiran, rohani serta jasmani bagi membolehka­n seseorang individu itu mendapat kehidupan yang lebih sempurna selaras dengan alam dan masyarakat. Dalam aspek ini, keluarga dan masyarakat perlu memainkan peranan yang sangat penting di mana mereka perlu mendidik anak mereka dari peringkat awal lagi agar anak itu mampu berkembang secara fizikal dan mental.

Ironinya, melalui transforma­si pendidikan mencakupi segala bentuk aktiviti yang memudahkan kehidupan masyarakat seterusnya akan membawa kepada perubahan hasil daripada penyertaan seseorang individu dalam kegiatan tersebut. Melalui usaha yang terancang dan teratur akan melahirkan manusia berakal budi. Pendidikan yang berkesan akan membawa kepada kemajuan masyarakat dan negara.

 ??  ?? TUNJANG utama pendidikan adalah melahirkan manusia
berakal budi.
TUNJANG utama pendidikan adalah melahirkan manusia berakal budi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia