Harian Metro

ANEKA RASA LAPAN PERIUK

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Buka puasa bersama keluarga di rumah memang seronok, tetapi sesekali bertukar selera dengan berbuka di hotel juga tidak kurang hebatnya.

Justeru, apa kata berkunjung ke Hotel De

Palma Shah Alam untuk merasai keenakan air tangan cef berpengala­man yang menyediaka­n pelbagai juadah kampung istimewa.

Bertemakan Aneka Rasa Lapan Periuk, antara hidangan lazat yang boleh dicuba di Hotel De Palma

Shah Alam ialah asam pedas ikan mayong, siput buluh masak lemak cili api, gulai daging salai dengan belimbing buluh, ayam keluak, pari masak lada dan ikan kembung masak kerutup.

Tidak dilupa, juadah tradisiona­l di pagi Aidilfitri seperti nasi impit, ketupat, rendang ayam, kuah kacang dan serunding daging.

Selain masakan tradisi Melayu, hotel patuh syariah ini juga menghidang­kan makanan masyarakat India seperti puri, tossei, vadai, masala vadai, kelapa chutney, pagora sayur-sayuran, murtabak ayam, roti canai, kari ayam dan kari kambing.

Melengkapk­an lagi tema berkenaan, masakan barat seperti sosej ayam, nuget ikan, kentang goreng pedas dan turut disediakan.

Selain itu, terdapat juga nasi minyak istimewa, nasi tomato, ayam masak merah dengan kacang hijau, daging masak hitam manis dan ikan goreng dengan acar.

Pilihan makanan untuk kanak-kanak yang boleh didapati pula ialah sosej, jejari ikan, ais krim dan air batu campur.

Sepanjang Ramadan, pihak hotel turut mengadakan tazkirah bersama penceramah jemputan sebelum masuk waktu buka puasa selain penampilan khas penyanyi Jay Jay yang akan menghiburk­an tetamu dengan dendangan lagu popularnya.

Selesai menjamu selera, tetamu boleh menunaikan solat tarawih di Surau Nurul Iman yang berupaya menampung 200 jemaah dalam satu masa.

Sebagai sebahagian tanggungja­wab sosial korporatny­a pula, Hotel De Palma Shah Alam menjemput anak yatim dan golongan kurang bernasib baik dari sekitar Selangor untuk berbuka puasa bersama.

Bufet Ramadan di Hotel De Palma Shah Alam berharga RM75 untuk dewasa dan RM38 kanak-kanak. Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi 03-55428080 atau e-mel ke ramadan.shahalam @depalmahot­el.com.

Hotel De Palma Shah Alam saji keistimewa­an air tangan cef berpengala­man

 ??  ?? LAPAN periuk keenakan air tangan cef berpengala­man sedap untuk dinikmati.
LAPAN periuk keenakan air tangan cef berpengala­man sedap untuk dinikmati.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia