Harian Metro

AJAL DIBIDIK

Dua penjenayah maut, satu parah dan tiga lagi ditahan rompak kedai emas

- Safeek Affendy Razali dan Norizuan Shamsuddin cnews@nstp.com.my

Sengaja undang maut! Itu yang berlaku apabila dua penjenayah mati ditembak polis manakala seorang lagi parah sejurus mereka merompak sebuah kedai emas di Atria Shoping Galery Damansara Jaya, di sini.

Dalam kejadian jam 5 petang semalam, tiga lagi penjenayah warga tempatan diberkas sepasukan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kejadian berlaku apabila sekumpulan enam penjenayah merompak kedai emas di pusat beli-belah berkenaan.

Menurutnya, suspek memakai topi keledar berpenutup penuh itu dikatakan bersenjata­kan tukul besi dan pistol.

“Seorang daripada suspek kemudian meluru masuk dalam premis sebelum mengacukan pistol ke arah pengawal keselamata­n.

“Dalam masa sama lima suspek yang lain terus meluru masuk dalam premis dan memecahkan cermin pameran barang kemas menggunaka­n tukul besi,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian memasukkan barang kemas itu ke dalam beg sebelum melarikan diri melalui lobi pusat beli-belah itu.

“Pada masa sama sepasukan anggota D9 IPK Selangor segera menuju pusat beli-belah itu sejurus menerima laporan.

“Polis terserempa­k suspek cuba melarikan diri dengan menaiki tiga motosikal.

“Polis cuba mengejar suspek yang bertindak nekad melepaskan tembakan ke arah anggota polis. Susulan itu polis terpaksa membalas tembakan menyebabka­n dua penjenayah mati di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, seorang lagi penjenayah cedera terkena dua das tembakan manakala tiga lagi penjenayah diberkas polis.

“Siasatan awal polis percaya kumpulan penjenayah samun kedai emas terbabit aktif melakukan rompakan di beberapa negeri terutama di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

“Polis menemui semula barang kemas dilarikan penjenayah, selain merampas dua pistol dan senapang patah dibawa penjenayah.

“Polis bagaimanap­un percaya ada antara suspek melarikan diri. Usaha memburu penjenayah giat dilakukan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA unit forensik polis menyiasat lokasi penjenayah yang ditembak mati selepas merompak kedai emas.
ANGGOTA unit forensik polis menyiasat lokasi penjenayah yang ditembak mati selepas merompak kedai emas.
 ??  ?? SATU daripada dua penjenayah yang mati ditembak.
SATU daripada dua penjenayah yang mati ditembak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia